Panas Terik Boleh Jejas Pengeluaran Padi - Mardi

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mac 2016 10:28 AM

Kanak-kanak kelihatan bermain di kawasan sawah padi yang kering kontang akibat fenomena El Nino ketika tinjauan fotoBERNAMA di Kampung Tengah, Tualang, Jumaat. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan sebelum ini menyatakan fenomena tersebut yang berlaku awal Januari lepas dijangka berlarutan beberapa bulan lagi. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suhu panas melampau boleh merosakkan hasil padi dan kualiti bijirin, sekali gus menyebabkan pengurangan dalam hasil pengeluaran, kata Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).

Timbalan Pengarah Perubahan Iklim, Adaptasi & Mitigasi Pusat Penyelidikan Agrobiodiversiti dan Persekitaran, Norlida Mohamad Hamim berkata beras tumbuh subur di kawasan panas dan kering beriklim lembap.


Bagaimanapun, beliau berkata gelombang haba yang sangat panas boleh menyebabkan kerosakan kepada hasil dan kualiti serta proses pertumbuhan seperti percambahan dan persenyawaan.

"Tanaman padi sangat mudah terdedah kepada tekanan haba, terutamanya semasa peringkat reproduktif dan masak.

"Suhu yang sangat tinggi - walaupun untuk beberapa jam - semasa ia berbunga boleh menyebabkan kemandulan penuh manakala ketika ia sedang masak, ia boleh membawa kepada pengurangan pengisian bijirin dan kualiti penghasilan yang tidak baik dan akan menyebabkan banyak bijirin rosak," katanya kepada The Star.

Katanya, kenaikan 2°C suhu boleh membawa kepada pengurangan 13 peratus dalam pengeluaran hasil padi manakala kemarau atau penurunan 15 peratus kadar hujan boleh membawa kepada kejatuhan dalam hasil sehingga 80 peratus.


Cuaca panas dan kering juga boleh meningkatkan populasi perosak beras, yang boleh menyumbang kepada penurunan hasil padi.

"Kekurangan air, corak taburan hujan yang tidak teratur dan tekanan air akan meningkatkan intensiti beberapa penyakit beras," kata Norlida.

Pada Khamis, The Star melaporkan bahawa kerajaan bersedia mengimport lebih banyak beras jika berlaku kekurangan hasil akibat fenomena El Nino yang berterusan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, Malaysia mengimport 30 peratus daripada beras untuk kegunaan negara manakala yang lain 70 peratus datangnya daripada penanam tempatan.

"Jika pengeluaran jatuh, kita akan meningkatkan import untuk mengimbangi penurunan dalam bekalan tempatan. Sudah tentu, ia akan menjadi langkah sementara," katanya.
Tags / Kata Kunci: El Nino , pengeluaran padi , tanaman padi , Mardi

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan