PRN Sarawak: Pakatan Harapan Tak Berhasrat Kerjasama Dengan PAS-Ikatan

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mac 2016 1:49 PM

Lim Guan Eng

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pakatan Harapan tidak berhasrat menjalin sebarang kerjasama dengan blok baharu pembangkang antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika menegaskan perkara itu berkata asas kerjasama dengan PAS sudah tidak wujud lagi apabila parti itu tidak berpegang kepada prinsip dan hala tuju pakatan pembangkang.

Katanya untuk menjadi rakan sekutu apa yang penting adalah kepercayaan antara satu sama lain, namun kemelut yang berlaku antara DAP dan PAS sebelum ini membuatkan DAP hilang kepercayaan kepada bekas rakan sekutunya itu.

"Saya rasa susah untuk (bekerjasama dengan) PAS dan Ikatan kerana mereka menunjukkan mereka lebih mirip kepada Umno dan Barisan Nasional. Kenyataan yang mereka buat tidak konsisten.

"Saya rasa asas kerjasama sudah tidak wujud lagi iaitu kepercayaan ... yang penting ialah apa yang anda setuju dalam mesyuarat mesti berpegang di luar. 
Apabila ini tidak dilaksanakan sukar bila tidak ada kepercayaan antara satu sama lain," katanya kepada pemberita selepas melancarkan alat Defibrilator Luaran Automatik (AED) di Taman Botani, di sini Sabtu.

Guan Eng berkata demikian ketika ditanya sama ada Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR dan Parti Amanah Negara akan bekerjasama dengan gabungan PAS-Ikatan bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak nanti.

Pada Rabu lepas, PAS mengumumkan penubuhan permuafakatan baharu bersama Ikatan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
Tags / Kata Kunci: PAS-Ikatan , PRN Sarawak , Lim Guan Eng

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan