Menteri Nafi Khabar Angin Sekolah Tutup Hingga Selasa

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mac 2016 3:06 PM

Mahdzir Khalid

Datuk Seri Mahdzir Khalid

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan khabar angin di laman sosial bahawa sekolah di beberapa negeri ditutup sehingga Selasa ini ekoran cuaca panas melampau.

"Pengumuman itu tidak benar dan tiada arahan seumpama itu dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia," katanya dalam catatan terbaru di Facebooknya Sabtu.

Hari ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dalam kenyataan berkata Kementerian Pendidikan dicadang menutup sesi persekolahan di Alor Setar, Kedah dan Chuping, Perlis esok berikutan suhu melebihi 37 darjah celcius yang dicatatkan di kedua-dua lokasi itu sejak 1 Mac.

"Berdasarkan Garis Panduan Pelan Tindakan Menangani Gelombang Haba maka sesi persekolahan di Alor Setar dan Chuping boleh dicadangkan agar ditutup bermula pada Ahad, 20 Mac," katanya.

Madius berkata bagaimanapun, keputusan sama ada sesi persekolahan akan ditutup atau tidak, akan diumumkan oleh Mahdzir sepertimana diarahkan oleh kabinet.

Selasa lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kementerian  Pendidikan akan memutuskan sama ada sekolah perlu ditutup sekiranya cuaca panas melampau masih berterusan selepas tamat cuti pertengahan penggal pertama persekolahan minggu ini.

Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sekolah di sesuatu kawasan akan ditutup jika suhu melebihi 37 darjah celcius selama lebih 72 jam.

Malaysia kini mengalami cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh fenomena El Nino.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca panas dan kering ini akan berakhir pada Mei atau Jun, dengan suhu dijangka paling panas esok kerana fenomena ekuinok.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan