Hartanah Mara Inc: CEO PMB Akan Buat Laporan Polis Terhadap Rafizi

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mac 2016 1:30 PM

Nazim Rahman

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Mara Berhad (PMB) Nazim Rahman akan membuat laporan polis terhadap pemimpin pembangkang, Rafizi Ramli dan Oversight and Whistleblowers (NOW) berhubung fitnah transaksi hartanah milik Mara Inc Sdn Bhd.

Nazim berkata, laporan itu dibuat selepas Rafizi dilihat 'mengitar semula' tuduhan dan fitnah terhadap dirinya dengan membangkitkan tuduhan yang sama dalam ucapannya di Parlimen, baru-baru ini.

Katanya, kenyataan Ahli Parlimen Pandan itu yang terus mengaitkan dirinya dan cuba memberi gambaran bahawa beliau mempunyai kepentingan dalam PMB dan Mara Inc serta berada dalam konflik berkepentingan dalam kedudukannya sebagai anggota kerja Mara adalah fitnah.

"Saya terpaksa mengambil tindakan ini bagi melindungi reputasi saya.

"Laporan ini dibuat supaya penyiasatan dilakukan dan tindakan diambil terhadapnya atas kenyataan yang jelas berunsur fitnah dan menjatuhkan maruah serta reputasi saya sebagai anggota kerja Mara," katanya dalam kenyataan media, Sabtu.

Nazim akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 3 petang, Sabtu.

Menurut Nazim, sebagai anggota kerja PMB, beliau tidak pernah terlibat dalam apa-apa keputusan yang dibuat di syarikat Mara Inc Sdn Bhd.

Beliau menjelasakan bahawa PMB dan Mara Inc adalah syarikat berbeza yang mempunyai struktur tadbir urus dan pengurusan serta lembaga pengarahnya sendiri.

"Mara Inc juga bukan anak syarikat PMB yang membolehkan saya mempengaruhi apa-apa keputusan di syarikat itu.

"Saya juga bukanlah pemilik atau pengarah dan tidak mempunyai sebarang kepentingan langsung atau tidak langsung dalam mana-mana syarikat yang dinamakan oleh Rafizi dalam kenyataan akhbar atau laporan polis beliau sebagai terlibat dalam transaksi hartanah Dudley House atau mana-mana transaksi yang dijalankan oleh syarikat Mara Inc.

"Tambahan lagi saya hanya menyertai PMB pada Julai 2013, lama selepas hartanah berkenaan dibeli oleh Mara Inc," katanya.

Nazim berkata, beliau pada mulanya 'tidak berminat' melayan Rafizi yang mengaitkan namanya dengan transaksi hartanah Mara Inc Sdn Bhd di Australia tahun lepas.

"Saya tidak berminat untuk membuang masa melayan fitnah beliau kerana beliau bukanlah seorang ahli politik yang saya anggap beretika.

"Beliau sering menggunakan taktik 'memetik nama' yang beliau anggap ada nilai berita tanpa mempedulikan kebenaran dan keadilan kepada pihak yang difitnah. Yang penting bagi beliau adalah kelangsungan politik peribadi," katanya.

Rafizi, tahun lalu mengeluarkan kenyataan mendakwa Nazim pernah mempunyai kepentingan perniagaan bersama di dalam syarikat yang terbabit di dalam urusniaga hartanah Mara di Australia.

Katanya siasatannya juga menunjukkan bahawa Nazim kenal rapat dan mempunyai kepentingan perniagaan bersama dengan individu-individu lain dalam syarikat-syarikat lain selain dari syarikat yang terbabit dalam urusniaga hartanah Mara. 

"Ini menimbulkan satu percanggahan kepentingan apabila CEO PMB yang menguruskan pelaburan aset Mara mempunyai kepentingan perniagaan di dalam syarikat yang berurusan dengan Mara dalam pembelian hartanah di Australia," katanya.

Tags / Kata Kunci: PMB , Nazim Rahman , hartanah Mara , Mara Inc

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan