AirAsia Ambil Bahagian Inisiatif Earth Hour

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mac 2016 6:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia mengambil bahagian dalam inisiatif Earth Hour dengan menyokong acara alam sekitar tempatan anjuran Free Tree Society untuk menanam anak pokok dan membina penuai air hujan.

Inisiatif Earth Hour ialah kempen seluruh dunia yang dianjurkan oleh Tabung Alam Sedunia (WWF) untuk melibatkan masyarakat secara besar-besaran dengan pelbagai isu mengenai alam sekitar. 

AirAsia dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, ia telah menggemblengkan lebih 50 sukarelawan diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Aireen Omar menyertai acara itu, yang merupakan sebahagian daripada kempen #GREEN24 syarikat penerbangan tersebut untuk mendidik orang ramai tentang kesan perubahan iklim serta menyokong langkah memelihara alam sekitar bagi masa depan yang lestari.

Selain acara itu, syarikat penerbangan tersebut berkata, lebih 17,000 kakitangan AirAsia di seluruh dunia juga akan menyertai kempen Earth Hour Day dan menggalakkan komuniti mereka masing-masing memberi tumpuan kepada langkah-langkah menangani iklim. 

Earth Hour Day ialah kempen seluruh dunia yang menggalakkan individu, masyarakat, isi rumah dan perniagaan memadamkan lampu-lampu yang tidak penting selama sejam, bermula 8.30 malam sehingga 9.30 malam waktu tempatan pada akhir Mac, sebagai simbol komitmen mereka kepada planet bumi.

AirAsia berkata penyertaannya dalam acara itu meneruskan inisiatifnya sebelum ini pada Januari, apabila ia memulakan lebih 30 aktiviti di pejabatnya di seluruh dunia untuk menggalakkan penjimatan tenaga serta mendidik orang ramai mengenai kesan perubahan iklim. 

Ia juga sedang giat berusaha mencari kaedah-kaedah untuk menyuntik faktor kelestarian dalam operasinya, termasuk kejuruteraan, operasi penerbangan dan inisiatif penjimatan bahan api untuk mengurangkan jejak karbonnya.

Free Tree Society ialah pertubuhan bukan kerajaan yang menyokong kehidupan mesra alam sekitar dan penjimatan tenaga. 

Kempen alam sekitar tempatannya disenaraikan di laman web rasmi EarthHour Activity Tracker sebagai satu daripada beratus-ratus aktiviti yang diadakan di seluruh dunia bersempena dengan Earth Hour Day. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: AirAsia , Earth Hour Day , Aireen Omar

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan