Ahli Umno Tak Boleh Tunggu Hingga PRU-14 - Tun M

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mac 2016 3:34 PM

Tun Dr Mahathir Mohamad

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat kepada semua Umno cawangan meminta ahli-ahlinya mengemukakan usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mesyuarat cawangan masing-masing.

Bekas perdana menteri itu juga meminta mereka mengemukakan satu lagi gesaan meminta agar pemilihan parti diadakan tahun ini.

"Kita tidak boleh menunggu sehingga pilihan raya umum ke-14 kerana Umno yang dipimpin oleh Najib akan kalah. Setelah Umno kalah, ia tidak akan bangkit semula," katanya dalam surat kepada ahli-ahli Umno itu.

Mengulangi dakwaannya terhadap perdana menteri dan presiden parti, Dr Mahathir berkata, Umno tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan negara tetapi hanya untuk survival Najib.

Beliau berkata tiada mana-mana perdana menteri yang telah menggunakan Umno untuk mempertahankan dirinya.

"Oleh kerana perjuangan Umno telah berubah, organisasi itu bukan lagi Umno. Ia telah menjadi sesuatu yang lain," kata beliau sambil menambah pemimpin-pemimpin yang masih berada dalam parti adalah untuk mendapatkan faedah peribadi.

Dr Mahathir berkata, Najib telah menjadikan Umno miliknya  dan kepimpinan beliau hanya melemahkan parti.

Dr Mahathir telah keluar Umno buat kali kedua baru-baru ini dan bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin pembangkang untuk melancarkan Deklarasi Rakyat dengan tujuan menuntut pengunduran Najib.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan