Berbaloi Menabung Demi Insan Tersayang

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mac 2016 10:04 AM

Ahmad Aliff (tengah) menerima Anugerah SGSP tempat pertama bagi kategori individu - Sekolah Menengah Luar Bandar. Turut serta bapanya, Rosli Mohd Amin (kanan) dan ibu, Zainab Sam. Foto LOW LAY PHON / The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menyedari hakikat anaknya dilahirkan sebagai insan istimewa, seorang bapa dengan penuh rasa kasih sayang mengatur perancangan kewangan demi masa depan zuriatnya itu.

Usaha Rosli Mohd Amin, 57, bersama isteri, Zainab Sam, 51, membuahkan hasil apabila anak mereka, Ahmad Aliff Iqmal disenarai antara 116 penerima Anugerah Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP) anjuran Bank Simpanan Nasional (BSN) pada Khamis.

Pelajar istimewa berusia 16 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gemas, Negeri Sembilan itu menerima Anugerah SGSP dalam kategori Sekolah Menengah Luar Bandar.

Rosli yang merupakan pesara tentera berkata, dia membuat simpanan tetap untuk anaknya sejak lebih dua tahun lalu.

“Saya tidak menjangkakan anugerah ini sehingga diberitahu oleh pihak BSN. Apa yang saya buat ini adalah memandangkan anak saya tidak seperti anak-anak yang lain, jadi saya merancang untuk membuat tabungan untuk dia.

"Saya menabung semata-mata untuk masa depan dia. Apa yang saya buat ini dengan harapan ia sedikit-sebanyak menjamin kehidupannya nanti, InsyaAllah," katanya ketika ditemui mStar Online.

Ahmad Aliff yang meraih tempat pertama bagi kategori berkenaan secara individu, menerima hadiah simpanan sebanyak RM2,500.

Pencapaian itu adalah yang kedua buat anak bongsu daripada lima beradik itu selepas menerima Anugerah SGSP yang sama pada 2014.

Difahamkan, Ahmad Aliff dilahirkan menderita lumpuh pada bahagian kiri badan dan mengalami kerosakan otak disebabkan kecuaian kakitangan perubatan pada 2000.

Sementara itu, tiga beradik masing-masing Harvind Singh, 16, Rashmeet Kaur, 15, dan Sushmeet Kaur, 13, mencatatkan kenangan manis apabila tersenarai sebagai penerima Anugerah SGSP 2015.

Tiga beradik penerima Anugerah SGSP (dari kiri), Sushmeet Kaur, Harvind Singh dan Rashmeet Kaur. Foto LOW LAY PHON / The Star


Ketiga-tiga pelajar berkenaan menjadikan ibu mereka yang merupakan ibu tunggal sebagai pencetus semangat untuk membuat simpanan.

"Ibu memberikan galakan dan motivasi kepada kami untuk menyimpan wang.

"Tabungan ini sebagai persediaan sekiranya berlaku kecemasan, masalah atau perkara di luar jangkaan," kata Harvind.

Bagi Harvind yang menerima Anugerah SGSP buat kali keempat berturut-turut menyifatkan tindakan menutup akaun simpanan sebagai tidak relevan.

"Buat apa tutup akaun, asyik gunakan wang simpanan untuk perkara tidak penting sehingga akhirnya tiada simpanan pada waktu kecemasan.

"Oleh itu, adalah lebih baik untuk menyimpan dengan mengaktifkan akaun simpanan secara berterusan," katanya.

Ibu kepada tiga beradik itu, Vidya Kaur, 46, berkata, dia berbangga dengan pencapaian anak-anaknya dalam membuat simpanan demi masa depan.

"Saya gembira apabila anak-anak mempunyai motivasi untuk menabung. BSN memberi sokongan kepada kami dalam melakukan usaha ini secara berterusan," katanya yang merupakan seorang peguam.

Rashmeet menerima anugerah tempat pertama bagi kategori individu Sekolah Menengah Bandar dan Harvind meraih tempat kedua bagi kategori yang sama, masing-masing menerima hadiah simpanan sebanyak RM2,500 dan RM900.

Sushmeet pula menduduki tempat pertama bagi kategori individu Sekolah Rendah Bandar, dengan hadiah simpanan berjumlah RM2,000.

Tags / Kata Kunci: BSN , Anugerah SGSP , Ahmad Aliff Iqmal

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan