ATM Nafi AS Bina Pangkalan Tentera Di Sabah - Berita Semasa | mStar

ATM Nafi AS Bina Pangkalan Tentera Di Sabah

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mac 2016 9:38 PM

Zulkifeli Mohd Zin

Zulkifeli Mohd Zin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Jumaat menafikan khabar angin kononnya Amerika Syarikat sedang membina sebuah pangkalan tenteranya di Sabah.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata dalam satu kenyataan bahawa khabar angin itu "tidak benar".

Beliau berkata, Kementerian Pertahanan dan ATM tidak berhasrat membenarkan sebuah pangkalan tentera asing dibina di Malaysia.

Pada Rabu lepas, sebuah portal dalam talian melaporkan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Kemajuan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengemukakan pertanyaan di Dewan Rakyat di sini sama ada Putrajaya membenarkan Amerika Syarikat membina sebuah pangkalan tentera di Sabah.

Menurutnya jika khabar angin itu benar, ini menunjukkan Malaysia tidak mampu mempertahankan dirinya. - Bernama

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan