Majis Angkat Sumpah Hanya Tradisi, Bukan Lantikan - MDKS

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mac 2016 9:19 AM

Noraini Roslan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) berkata tindakan mengadakan majlis angkat sumpah khusus untuk lima ahli majlisnya pada 21 Januari lalu adalah teratur dan dibuat mengikut peruntukan undang-undang.

Yang Dipertua MDKS Noraini Roslan berkata majlis tersebut dilakukan hanya sebagai satu upacara tradisi, tidak disifatkan sebagai ‘pelantikan’, sebaliknya sebagai ‘penerimaan’ jawatan.

Katanya, pelantikan ahli MDKS telah dibuat lebih awal iaitu pada 16 Januari 2014 oleh Pihak Berkuasa Negeri Selangor melibatkan 24 ahli majlis dan ia memenuhi peruntukan subseksyen 10(1) dan subseksyen 11(1) Akta Kerajaan tempatan 1976 (Akta 171).

“Majlis angkat sumpah penerimaan jawatan yang diadakan pada 21 Januari 2016 bagi lima orang ahli majlis tersebut tidak disifatkan sebagai ‘pelantikan’ tetapi ia merupakan ‘penerimaan’ jawatan ahli majlis sebelum mereka yang dilantik menjalankan fungsi-fungsi sebagai ahli majlis.

“Majlis tersebut hanya sebagai upacara tradisi bagi menerima jawatan sebagai ahli majlis,” katanya dalam satu kenyataan media, Khamis.

Kenyataan tersebut merujuk kepada laporan mStar Online sebelum ini yang mendedahkan bahawa Yang Dipertua MDKS dan empat ahli MDKS telah mengangkat sumpah sehari lebih awal dari tarikh yang ditetapkan iaitu pada 22 Januari.

Selain Noraini, empat lagi yang terlibat adalah Nor Faizah Ismail (PKR), Mohd Fakaruddin Ismail (PAS), Orang Besar Daerah Kuala Selangor, Datuk Mohamad Yaacob Ismail dan Tan Kik Meng (DAP).

Sumber mendakwa majlis angkat sumpah yang pertama itu didakwa tidak mengikut peruntukan undang-undang dan dianggap tidak sah kerana tidak cukup kuorum iaitu minimum lapan orang.

Dakwa sumber, ia telah melanggar peruntukan mengikut Seksyen 10 (1) yang dibaca bersama Seksyen 11 Akta Kerajaan Tempatan di mana bilangan minimum ahli majlis MDKS yang perlu hadir untuk majlis angkat sumpah jawatan adalah lapan orang.

Mengenai perkara itu Noraini berkata pelantikan itu adalah memenuhi keperluan Seksyen 10 (1) Akta 171 di mana Pihak Berkuasa Negeri telah melantik 24 ahli majlis berkuatkuasa 16 Januari 2016.

Jelasnya di bawah peruntukan itu majlis angkat sumpah boleh dibuat secara sekali gus pada masa yang sama.

“Dalam hal ini pihak Majlis telah memilih mengadakan majlis angkat sumpah secara berperingkat,” katanya.

Dalam laporan yang sama, mStar Online turut dimaklumkan sumber bahawa majlis angkat sumpah itu perlu dilakukan lebih awal dengan hanya melibatkan lima orang bagi memenuhi syarat mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat yang diadakan pada sebelah petang 21 Januari, selepas majlis angkat sumpah diadakan.

Mesyuarat itu dikatakan bertujuan mempertimbangkan beberapa projek pembangunan.

Mengenai perkara yang dibangkitkan ini, Noraini berkata ia juga teratur dan sah kerana berlangsung cukup kuorum.

“Keahlian Jawatankuasa Pusat Setempat MDKS terdiri daripada Yang Dipertua, pegawai-pegawai teknikal dalaman dan luaran dan empat orang ahli majlis.

“Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat yang bersidang pada 21 Januari adalah cukup kuorum,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan