Mada Nafi Pesawah Dipaksa Tangguh Aktiviti Penanaman Padi

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mac 2016 12:53 PM

Pesawah Mad Kamal Ismail,48, (tengah) dari Kampung Tempayan Pecah, Mukim Jerlun, Ayer Hitam, Kedah bersama Mohd Nasrul Amin,23, (kiri) dari Kampung Tandop Kedabu dan Abdullah Wan Teh,45, (kanan) dari Hutan Tualang bimbang tidak dapat memperoleh pendapatan berikutan cuaca panas terik ketika ini.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) menafikan dakwaan media kononnya pesawah di Kedah dan Perlis dipaksa menangguhkan aktiviti penanaman padi disebabkan kekurangan bekalan air.

Timbalan Pengurus Besar Mada (Teknikal), Ir Datuk Hor Tek Lip berkata, pihaknya sudah berkali-kali menyatakan bahawa jadual penanaman padi Musim 1/2016 tidak terjejas dengan fenomena El-Nino, malah para pesawah sudah pun dimaklumkan berkenaan perkara itu.

"Laporan itu tidak betul sama sekali. Memanglah kita nampak bendang kering, tanah merekah itu semua sebab bekalan air kita akan buat pada penghujung Mac ini, iaitu bermulanya Musim 1/2016.

"Saya minta jika pesawah-pesawah ada masalah pergi ke pejabat Mada, bincang dan minta pendapat daripada pegawai Mada, kita sedia membantu," katanya ketika dihubungi Bernama. 

Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan pesawah di Kedah dan Perlis tidak boleh memulakan penanaman padi dan dipaksa menangguhkan aktiviti itu kerana kekurangan air di empangan.

Jelas beliau mengikut jadual, Mada hanya akan mula membekalkan air mengikut tiga fasa iaitu pada 30 Mac, 9 April dan 19 April ini, melibatkan keseluruhan 100,685 petani di kawasan Mada. 

Kedudukan takungan air di ketiga-tiga empangan utama di Kedah iaitu Empangan Muda, Ahning dan Pedu katanya, adalah pada paras 81.77 peratus penuh, dan amat mencukupi untuk tanaman padi. 

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri Kedah, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata paras air di tiga empangan utama di Kedah berada pada paras selamat bagi menampung kegunaan domestik, industri dan pertanian sekiranya fenomena El Nino berterusan.

Katanya empangan tersebut juga boleh membekalkan air kepada pengguna di negeri ini dalam tempoh dua tahun.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Mada , padi , Hor Tek Lip , El-Nino , Kedah

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan