Lima Lokasi Artifak Dikesan Di Perairan Wilayah Timur - APMM

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mac 2016 3:57 PM

Mamu Said Alee (kanan) menunjukan Pengarah Muzium Tentera Darat Port Dickson, Leftenan Kolonal Abd. Rahman Mohamad (kiri) artifak dua kapal perang yang disimpan di Jeti Pengkalan APMM Teluk Kalong, Kemaman, baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur mengenal pasti lima lokasi mempunyai khazanah dan artifak kapal perang lama yang karam di perairan wilayah Timur.

Pengarah Maritim Wilayah Timur Laksamana Pertama Maritim Datuk Mamu Said Alee berkata, bagi memastikan artifak berkenaan tidak menjadi buruan, pihaknya mempertingkat rondaan dan penguatkuasaan di kawasan itu, yang tidak dinyatakannya.

APMM turut bekerjasama dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi memastikan artifak itu tidak dicuri selain perairan negara tidak diceroboh termasuk oleh nelayan asing.

"Setiap hari, kita melakukan rondaan dengan menggerakkan tujuh kapal ronda bagi mengawal perairan di wilayah timur ini untuk mengelak khazanah negara dibawa keluar," katanya kepada Bernama di sini.

Khamis, kerajaan British menyerahkan artifak dan serpihan bangkai kapal perang HMS Repulse dan HMS Prince of Wales yang dicuri nelayan  Vietnam untuk dipamerkan di Muzium Tentera Darat Port Dickson.

Sisa kapal itu, yang seberat kira-kira 15 tan metrik yang dianggarkan bernilai RM500,000, dirampas di 66.9 Batu Nautika dari utara Tanjung Gelang,Kuantan pada 25 Ogos tahun lepas.Mamu berkata pada 2014, sebanyak tujuh tangkapan melibatkan kecurian artifak dari kapal lama direkodkan.

Daripada jumlah itu, empat tangkapan dilakukan TLDM dan tiga lagi oleh APMM yang membabitkan nelayan asing dan tempatan.

"Jumlahnya bukan sedikit dan kita memandang serius perkara ini...kita sering menerima aduan dan maklumat nelayan berhubung kes pencerobohan dan kecurian artifak," katanya sambil menegaskan APMM tidak akan berkrompromi dengan pihak yang melakukan kesalahan di perairan negara.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: APMM , Mamu Said Alee , TLDM , artifak kapal perang

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan