Kementerian Perjelas Isu Gambar Klinik Kesihatan Di Sarawak

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mac 2016 1:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gambar yang dikatakan sebagai Klinik Kesihatan Long Busang, Belaga di Sarawak yang menjadi viral di dalam media sosial baru-baru ini, sebenarnya adalah gambar sebuah klinik sementara, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).


KKM membuat penjelasan tersebut bagi menyangkal dakwaan kononnya gambar bangunan kayu yang dipamerkan di dalam media sosial adalah Klinik Kesihatan Long Busang, yang dikatakan telah dibina menggunakan peruntukan kerajaan sebanyak RM3 juta.

KKM dalam kenyataan di sini pada Jumaat, menjelaskan bangunan kayu tersebut hanyalah sebuah klinik sementara yang dibina secara gotong-royong bagi memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk tempatan, sementara klinik kesihatan baharu yang sedang dirancangkan, dapat disiapkan kelak.

"Gambar bangunan yang dipamerkan di media sosial tersebut sebenarnya didirikan secara bergotong-royong oleh penduduk setempat dengan sokongan oleh pemimpin tempatan serta Pemuda Barisan Nasional (BN), dan disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sempena Program Pemuda BN Untuk Masyarakat di Long Busang pada 24 hingga 27 September tahun lepas.

"Namun begitu, pada masa yang sama, satu Projek Pembinaan Klinik Kesihatan Long Busang dengan Kuarters telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi di bawah Rolling Plan ke-4, Rancangan Malaysia ke-10 pada tahun 2015 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM3 juta," menurut kenyataan itu.

Menurut KKM, Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKR Sarawak) telah dilantik sebagai Agensi Pelaksana bagi projek tersebut.

"Lawatan tapak dijangka diadakan oleh JKR Sarawak pada bulan April tahun ini dan projek tersebut dijangka hanya akan disiapkan pada awal tahun 2018".

Menurut kenyataan itu, KKM melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah meluluskan sejumlah peruntukan bagi tujuan perolehan peralatan perubatan dan bukan perubatan untuk digunakan di klinik sementara tersebut.

Long Busang merupakan kawasan penempatan berkelompok paling terpencil dalam kawasan Belaga dan perjalanan di kawasan tersebut adalah menggunakan jalan darat dan sungai.

Tags / Kata Kunci: Klinik Kesihatan Long Busang , KKM

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan