DUN Sarawak Mungkin Bubar Dua Minggu Lagi

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mac 2016 11:04 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak mungkin akan dibubarkan dalam tempoh dua minggu akan datang bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) ke-11.

Pemimpin veteran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Peter Minos berkata pembubaran itu dijangka berlaku minggu depan atau selewat-lewatnya minggu pertama bulan April.

Beliau berkata ini kerana Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem telah mencadangkan tarikh 18 dan 30 April untuk hari penamaan calon dan pengundian, bagaimanapun keputusan tentang tarikh masih terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Pada masa ini, terdapat gambaran bahawa pilihan raya akan diadakan pada bulan April. Tetapi SPR akan berpandukan faktor-faktor lain seperti keselamatan, cuaca dan persiapannya sendiri, jadi tarikh itu tidak semestinya 18 dan 30 April," katanya kepada The Star, Khamis.

"Ketua Menteri menganggap pembubaran itu sangat penting untuk dirinya. Dia masih perlu menyelesaikan masalah-masalah empat parti yang bersengketa mengenai kerusi dan calon," kata Minos, merujuk kepada SUPP, SPDP dan parti UPP dan Teras.

SUPP dan SPDP, yang menjadi parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri, enggan melepaskan mana-mana kerusi mereka kepada UPP dan Teras.

Penganalisis politik Dr Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak berkata pilihan raya ini mungkin akan diadakan pada bulan Mei dan bukannya pada 30 April.

"Pendapat saya pilihan raya kemungkinan besar akan diadakan pada 7 Mei atau selewat-lewatnya 14 Mei," katanya.

Pada tahun 2011, DUN Sarawak dibubarkan pada 21 Mac, dengan penamaan calon pada 6 April dan pengundian pada 16 April.
Tags / Kata Kunci: DUN Sarawak , PRN Sarawak , bubar DUN

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan