British Serah Komponen Kapal Perang Dunia Kedua Untuk Pameran

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mac 2016 10:19 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Kerajaan British menyerahkan beberapa serpihan dan komponen kapal Perang Dunia Kedua milik negara itu kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini, Khamis.

Artifak daripada kapal perang HMS Repulse dan HMS Prince of Wales yang dicuri nelayan Vietnam itu akan diletakkan di Muzium Tentera Darat Port Dickson.

Pegawai Waran II, Neil Anderson selaku wakil Kedutaan British, berkata kedua-kedua kapal itu ditenggelamkan tentera Jepun pada 10 Disember 1941 dan ditemui di kawasan perairan Pahang.

Beliau berkata kapal itu bukan sahaja terlibat dalam peperangan, tetapi juga merupakan simbol keamanan sejagat dan pengorbanan kesemua anak kapal yang terkorban dalam kapal berkenaan harus diingati.

"Kami bekerjasama dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Oktober tahun lepas dan usahasama ini telah dipersetujui bagi mengurangkan pencerobohan dan kecurian daripada kapal perang tersebut.

"Negara kami sangat berbesar hati bahan artifak yang tenggelam sejak sekian lama dan ditemui semula dapat dipamerkan di Muzium Tentera Darat Port Dickson," katanya kepada pemberita selepas majls penyerahan artifak berkenaan di Pangkalan Maritim Kemaman.

Turut hadir Pengarah Maritim Wilayah Timur Laksamana Pertama Maritim Datuk Mamu Said Alee.

Pada 25 Ogos lepas, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot Vietnam pada kedudukan 66.9 batu nautika dari utara Tanjung Gelang, Kuantan kerana dipercayai mencuri artifak kapal perang British yang karam di perairan Malaysia.

Mamu berkata hasil siasatan ke atas bot tersebut, APMM menemui kira-kira 15 tan metrik sisa kapal perang British yang dianggarkan bernilai setengah juta ringgit.

Siasatan lanjut mendapati semua kru bot itu mengaku sedang menjalankan kerja-kerja menaikkan sisa bangkai kapal tersebut dan tekong bot terbabit  dikenakan denda RM100,000 atau empat bulan penjara, katanya.

Sementara itu, Pengarah Muzium Tentera Darat Port Dickson Lt Kol Abd Rahman Mohamad berkata sebahagian artifak kapal perang itu juga akan diserahkan kepada Muzium Negara untuk dipamerkan kepada orang ramai.

"Kita menjangkakan proses selama sebulan diperlukan untuk kerja-kerja pembersihan dan barang peninggalan sejarah tentera British ini akan ditempatkan di muzium yang dijangka pada pertengahan tahun ini.

"Ia juga satu penghargaan dan kebanggaan buat kita di mana bahan peninggalan sejarah ini akan ditempatkan di Muzium Tentera dan Muzium Negara," katanya.


Beliau berkata ia kali pertama pihaknya menerima artifak seumpama itu.


iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan