Cuaca Terkawal, Sesi Persekolahan Seperti Biasa

Diterbitkan: Khamis, 17 Mac 2016 8:48 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sesi persekolahan akan bersambung semula seperti biasa minggu depan berikutan keadaan cuaca panas yang dialami negara kini masih berada di tahap terkawal.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Datuk Ahmad Tajudin Jab berkata pihak sekolah perlu mengambil langkah berwaspada untuk memastikan keselamatan pelajar.

"Pihak sekolah harus mempertingkatkan pemantauan aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada cuaca panas.

"Pihak sekolah juga perlu menggalakkan murid membawa air minuman dan mengawal selia penyediaan dan penjualan minuman di kantin bagi memastikan bekalan air mencukupi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini,Rabu.

Pada Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi catatan didalam blog beliau www.najibrazak.com berkata Kementerian Pendidikan akan memutuskan sama ada sekolah perlu ditutup sekiranya cuaca panas melampau masih berterusan selepas tamat cuti pertengahan penggal pertama persekolahan minggu ini.

Berikutan fenomena El Nino, Malaysia dijangka mengalami cuaca lebih panas daripada biasa dan jumlah taburan hujan yang kurang. 

Ahmad Tajudin berkata, Kementerian Pendidikan akan meneruskan pemantauan cuaca dan mengambil tindakan sewajarnya jika perkara menjadi serius.

"Cuaca panas ini boleh memberikan tekanan fizikal kepada tubuh manusia dansekiranya tidak dikawal boleh menjejaskan tahap kesihatan seseorang," katanya.

Sesi persekolahan di Kedah, Johor, Kelantan dan Terenganu dijadual bersambung pada 20 Mac ini, manakala negeri-negeri lain pada 21 Mac, selepas tamatnya cuti pertengahan penggal pertama 2016. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Sesi sekolah , cuaca panas

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan