PKR Tidak Tolak Jalin Kerjasama Dengan Blok Baharu Pembangkang

Diterbitkan: Khamis, 17 Mac 2016 7:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan blok politik ketiga, gabungan PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kesamaan dalam perjuangan.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata fokus parti itu ialah untuk kepentingan negara dan rakyat.

"Kalau mereka ada kesamaan, itu boleh bentuk kerjasama tapi satu (kerjasama) formal itu saya kira mesti dibincang dulu," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Beliau mengulas kemungkinan PKR mengadakan kerjasama dengan blok baharu pembangkang.

Ditanya kemungkinan gabungan PAS-Ikatan akan 'menyerang' Pakatan Harapan, Wan Azizah berkata: "Kita tunggu dan lihat".

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan penubuhan permuafakatan baharu bersama Ikatan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Tags / Kata Kunci: Dr Wan Azizah Wan Ismail

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan