#APO2016: Penyokong Calon Kategori Bukan Hiburan Perlu Lebih Agresif

Diterbitkan: Khamis, 17 Mac 2016 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selebriti tanahair yang dicalonkan bagi kategori bukan hiburan nampaknya turut memberi saingan sengit untuk meraih majoriti kategori yang dipertandingkan menerusi Anugerah Pilihan Online (APO2016).

Keseluruhannya, 17 kategori dipertandingkan termasuk sembilan kategori mempunyai kaitan secara langsung dengan industri hiburan, manakala enam lain berkaitan gaya hidup dan sukan.

Sejak proses pencalonan bermula dua minggu lalu, beberapa nama dalam industri hiburan dilihat begitu dominan untuk disenaraikan calon lima teratas yang akan diumumkan pada 31 Mac ini.

Ini sekali gus menjadikan selebriti sebagai pencabar terhebat buat calon bukan artis yang disenaraikan dalam pencalonan awal untuk beberapa kategori bukan hiburan.

Kategori yang dimaksudkan ialah Ikon Niaga Muda Pilihan Online, Ikon Fesyen Pilihan Online dan Selebriti Media Sosial Pilihan Online.

Faktor kelab peminat dan penyokong selebriti serta personaliti terkenal tanahair turut memberi kesan kepada angka pencalonan yang diterima.

Bagi memastikan hanya yang layak mengungguli kategori yang dipertandingkan, setiap calon bukan di kalangan selebriti memerlukan sokongan sebanyak mungkin.

Lima pencalonan tertinggi berpeluang disenarai pendek untuk ke fasa seterusnya iaitu pengundinan bermula 1 April ini.

Jadi, apa tunggu lagi. Penyokong calon bukan di kalangan selebriti perlu menggunakan peluang dua minggu terakhir ini untuk mengemukakan pencalonan bagi calon pilihan masing-masing supaya dapat ke peringkat seterusnya.

Berdasarkan rekod pencalonan setakat ini, antara artis yang paling banyak dicalonkan dalam kategori bukan hiburan ialah Ayda Jebat dan Mia Ahmad.

Selain dua selebriti, ramai lagi artis dalam pencalonan awal bagi kategori berkenaan turut mendahului antara lima teratas.

Malah, kategori Ikon Niaga Muda Pilihan Online didominasi selebriti di kalangan penyanyi, pelakon dan pengacara yang turut berkecimpung dalam bidang perniagaan.

Selain artis, ramai lagi personaliti berbakat dan berpengalaman turut dicalonkan dalam APO2016.

Bagi pencalonan awal di kalangan bukan artis untuk kategori Ikon Fesyen Pilihan Online ialah Andre Amir, Vivy Yusof, Rizqie Zaidani, Ezuwan Ismail,  Azrinaz Mazhar Hakim, Jovian Mandagie dan Nedim Nazri.

Pencalonan awal bagi kategori Ikon Niaga Muda Pilihan Online di kalangan bukan artis pula seperti Nini Haznita Muhammad (Burger Bakar Kaw Kaw), Januar Haikal (Furby & Sugar), Vivy Yusof (Fashion Valet), Shark Razuan (Viper Bekam), Bryan Loo (Chatime) dan Fazilah Mamat (Benang Hijau).

Kategori Selebriti Media Sosial Pilihan Online membarisi personaliti terkenal yang mempunyai ramai pengikut di laman sosial seperti Ucop, Faiz Dickie, Jadilah Seperti Rashid, JinnyBoy TV, Kyopropaganda, Luqman Podolski, Maria Elena, Mat Luthfi dan Otam Blurr.

Untuk membuat pencalonan, mereka hendaklah ke laman web http://apo.mstar.com.my dan perlu mempunyai akaun media sosial masing-masing.

Bagi tempoh ini, hanya sekali sahaja pencalonan dibenarkan bagi setiap akaun media sosial.

APO2016 yang dilaksanakan dengan kerjasama Suria FM membawa tema Glam Digital dan bakal bersiaran pada 30 April depan menerusi saluran TV2.

Sebanyak 17 kategori dipertandingkan, manakala satu kategori khas itu Personaliti Terhebat Pilihan Online dipilih berdasarkan undian tertinggi dalam semua kategori.

APO2016 dihebatkan oleh Dnars selaku penaja rasmi.


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan