Pengusaha Mohon Perlombongan Bauksit Pahang Diaktifkan Semula

Diterbitkan: Khamis, 17 Mac 2016 7:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Para pengusaha mineral di Pahang menyerahkan memorandum kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menggesa supaya diaktifkan semula perlombongan bauksit selepas moratorium berakhir 15 April ini.

Memorandum itu diserahkan oleh Naib Presiden Pertubuhan Pengusaha Mineral Negeri Pahang Yap Soon Huat kepada Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan kementerian Mohd Nazif Jamaludin di hadapan bangunan Parlimen hari ini.

Yap berkata pertubuhan itu meminta supaya perlombongan bauksit boleh dimulakan sebaik sahaja moratorium berakhir pada 15 April ini.

"Kami berharap agar moratorium itu tidak diteruskan kerana pengusaha-pengusaha lombong bauksit telah mengikut prosedur operasi standard termasuk hal berkaitan pencemaran dan kebersihan.

"Jabatan Mineral sudah audit tempat-tempat lombong kami dan berpuas hati," kata Yap yang diiringi kira-kira 300 pengusaha dan pekerja lombong dari Kuantan, kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu.

Kerajaan mengenakan moratorium selama tiga bulan berkuat kuasa 15 Januari lepas bagi mengatasi masalah pencemaran disebabkan perlombongan bauksit di Kuantan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum ini berkata moratorium akan dilanjutkan sekiranya industri bauksit tidak melaksanakan semua langkah yang telah digariskan, melibatkan pengosongan stok simpanan bauksit, mewujudkan sebuah kawasan simpanan bersepadu dan sistem pembersihan sisa bauksit.

Tags / Kata Kunci: Bauksit

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan