Pelajar Malaysia di UK Menang Anugerah 'Wellcome Image Awards 2016'

Diterbitkan: Khamis, 17 Mac 2016 1:59 PM

Izzat berjaya mengukir namanya selaku seorang daripada 20 pemenang anugerah 'Welcome Image Awards 2016' di London Selasa lalu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Minat mengambil gambar sejak di bangku sekolah akhirnya membawa tuah kepada seorang pelajar Malaysia di United Kingdom untuk memenangi anugerah fotografi sains perubatan peringkat antarabangsa di London pada Selasa.

Izzat Fahimuddin Mohamed Suffian, 26, pelajar ijazah Doktor Falsafah (PhD)di King's College London, berjaya mengukir namanya selaku seorang daripada 20 pemenang anugerah 'Wellcome Image Awards 2016' sekali gus mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Imej yang berjaya menambat hati juri itu dihasilkan oleh Izzat bersama-sama tiga rakannya yang menuntut di kolej sama,  Kuo-Ching Mei, Houmam Kafa dan Khuloud Al-Jalam.  Ia memaparkan imej dua bakteria berbentuk 'rod' daripada keluarga 'Bacillus' di atas permukaan 'graphene', sejenis bahan karbon sebesar sebuah atom, dengan menggunakan mikroskop electron.

(Saiz sebuah atom adalah jauh lebih kecildaripada mana-mana hidupan di bumi) Anugerah tersebut yang memasuki tahun ke-15 merupakan satu pengiktirafan untuk para penyelidik dalam bidang sains bioperubatan dari seluruh dunia yang berjaya menghasilkan imej-imej menarik berkonsepkan sains perubatan.

Hanya 20 daripada lebih 100 gambar yang dipertandingkan terpilih untuk memenangi anugerah itu dan pemenang menerima trofi dan wang tunai 500 British Pound (RM3,000).

Kesemua gambar yang terpilih juga akan dipamerkan di beberapa tempat di United Kingdom dan Amerika Syarikat termasuk di Massachusetts Institute of Technology (MIT).

Ia juga merupakan anugerah kali kedua diperolehi Izzat setelah memenangi anugerah itu pada tahun 2014. Menurutnya, gambar yang berjaya diambil kumpulannya itu agak sukar untuk diperolehi ekoran ia memerlukan kaedah penyediaan yang rumit dengan alat-alat yang canggih untuk melihat zarah-zarah bakteria di atas permukaan yang sangat kecil.

"Kebiasaannya amat sukar untuk memperoleh imej bakteria di atas 'graphene' kerana ia hanya bersaiz sebuah atom, bagaimanapun kami amat bertuah pada hari itu apabila kami berjaya merakamkan imej menakjubkan itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Izzat berkata beliau mula mendalami teknik mengambil gambar-gambar mikro sejak melanjutkan pengajian peringkat ijazah di Universiti Kobe, Jepun, dalam bidang Kimia dan Sains untuk mengkaji sel-sel kanser.

"Daripada situ saya mula tertarik untuk menghasilkan imej melalui mikroskop, dan pelbagai teknik fotografi mula saya pelajari untuk mendapatkan imej mikro yang lebih menarik," katanya.

Anak kelahiran Gombak itu kini melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di Institute of Pharmaceutical Science, King's College London di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan sedang melakukan kajian 'Nanomedicine and Drug Delivery'. -Bernama

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan