Mahfuz Tak Tergamak Lihat Penderitaan Rakyat

Diterbitkan: Khamis, 17 Mac 2016 3:54 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: 'Tak tergamak' melihat lebih banyak kerosakan di Malaysia menjadi sebab utama Datuk Mahfuz Omar menyokong agenda yang dibuat bertujuan mengubah pucuk pimpinan negara pada masa ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata sekiranya menunggu pilihan raya umum akan datang untuk menolak kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau bimbang lebih banyak kerosakan dan penderitaan akan berlaku.

"Ada orang tanya saya kenapa saya tak tunggu pilihan raya umum menuntut pengunduran Datuk Seri Najib. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab saya tak tergamak  nak tengok kerosakan negara menjadi lebih buruk dan lebih parah sementara PRU-14 lebih kurang dua tahun lagi.

"Sebagai orang yang cintakan Malaysia saya tak tergamak nak tengok penderitaan rakyat," katanya pada sidang media perhimpunan Kongres Rakyat 2016 di sini Khamis.

Mahfuz adalah satu-satunya pemimpin PAS yang akan hadir pada perhimpunan itu.

"Saya hadir atas nama warganegara bukan parti bermula dengan Deklarasi Rakyat," katanya.

Tambahnya, kebimbangan beliau bukanlah tentang siapa yang akan memggantikan Najib jika beliau berjaya sisingkirkan.

"Yang penting ada satu kesedaran baharu dalam politik Malaysia bahawa  tak boleh dengan sewenang-wenangnya seorang perdana menteri melakukan kerosakan kepada negara dan membuatkan rakyat menderita," katanya.

Sementara itu penganjur perhimpunan Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau berharap Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali dapat meneruskan sokongan terhadap perhimpunan yang bakal diadakan.

"Datuk Mustafa saya harap dia terlibatlah. Ada orang awal-awal dia terlibat, dia sokong tapi selepas itu tidak," katanya.

Perhimpunan tertutup itu menuntut pengunduran perdana menteri dijadual diadakan 27 Mac ini di Pusat Konvenyen Shah Alam.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan