Lori Hilang Kawalan Rempuh 14 Kereta Di Jalan Duta

Diterbitkan: Khamis, 17 Mac 2016 10:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah lori 10 tan yang membawa muatan pasir hilang kawalan lalu merempuh 14 kereta di hadapannya di Jalan Duta pada petang Khamis.

Menurut Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP S. Markandan, kemalangan pada pukul 4.50 petang itu tidak meragut nyawa namun menyebabkan kecederaan ringan kepada semua mangsa yang terlibat.

"Pemandu lori berusia 32 tahun itu mendakwa dia hilang kawalan apabila berlaku kegagalan brek pada lori berkenaan ketika berada pada jalan yang sedikit menuruni bukit menghala ke pusat bandar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Markandan berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku di laluan lima lorong satu hala dan kenderaan yang dilanggar adalah di lorong keempat dan kelima ketika jalan sedang sesak.

Katanya ketika kejadian jalan raya dalam keadaan basah selepas hujan dan lori berkenaan melanggar kenderaan di hadapannya yang bergerak ke arah yang sama.

Beliau berkata lori dan semua kenderaan terlibat dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan pemandu lori berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kerana memandu dengan tidak cermat.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan