Kajian Dapati Ramai Rakyat Malaysia Tidak Sedar Bersifat Rasis - Berita Semasa | mStar

Kajian Dapati Ramai Rakyat Malaysia Tidak Sedar Bersifat Rasis

Diterbitkan: Khamis, 17 Mac 2016 11:11 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Satu kajian mendapati bahawa sebahagian besar daripada rakyat Malaysia yang menganggap diri mereka tidak bersifat perkauman namun sebenarnya enggan mengundi calon daripada kaum lain dalam pilihan raya.

Dalam kaji selidik oleh Centre For A Better Tomorrow (Cenbet) yang dijalankan oleh Anderson Market Analytics pada akhir tahun 2015 mendapati, 60 peratus daripada 1,056 responden dari Semenanjung Malaysia menjawab bahawa mereka tidak rasis.

Walau bagaimanapun, 30 peratus daripada responden dari kumpulan ini berkata mereka tidak akan mengundi untuk memilih seorang Ahli Parlimen daripada bangsa yang berbeza dan 34 peratus merasakan bahawa dasar-dasar berasaskan kaum masih relevan.

Menerusi kenyataan pada Khamis, Cenbet berkata, rakyat Malaysia secara umumnya menentang perkauman walaupun sebenarnya mereka masih mempunyai kecenderungan perkauman dalam pelbagai aspek kehidupan.

"Berdasarkan kajian ini, kami menyimpulkan bahawa ramai rakyat Malaysia yang secara terbuka menentang perkauman. Walaupun begitu, ramai daripada mereka menunjukkan aspek perkauman terpilih, sama ada secara sedar atau sebaliknya," kata Cenbet.

Namun 9.1 peratus daripada semua responden mengaku bersifat perkauman manakala 28.1 peratus mengatakan bahawa mereka mempunyai "warna perkauman".

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan