Jalsoa Kecam Tindakan Badan Peguam Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 17 Mac 2016 12:58 PM

Mohamed Apandi Ali

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Pegawai-pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (Jalsoa) mengecam tindakan Badan Peguam Malaysia untuk membahaskan usul mendesak Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletakkan jawatan pada Mesyuarat Agung Tahunan Badan itu Sabtu ini.

Jawatankuasa Eksekutif Jalsoa dalam kenyataan akhbar pada Khamis, berkata tindakan Badan Peguam Malaysia itu seolah-olah mempertikaikan proses perundangan yang telus seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut jawatankuasa itu, sekiranya usul itu diteruskan, ia boleh dilihat sebagai mengganggu perlaksanaan kuasa dan budi bicara Peguam Negara seperti yang diperuntukkan mengikut Fasal (3) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan. 

"Tindakan Badan Peguam Malaysia itu telah mengundang rasa tidak puas hati kepada Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan yang merupakan sebahagian daripada institusi perundangan negara ini yang berperanan melaksanakan tugas-tugas menegakkan keadilan dan melindungi kedaulatan undang-undang di negara ini dan mengecam tindakan Badan Peguam Malaysia itu.

"Selaras dengan Perkara 15 (1) Perlembagaan Jalsoa, satu Mesyuarat Agung Luar Biasa akan diadakan bagi membahaskan usul antaranya menolak usaha campur tangan dan tekanan oleh mana-mana badan lain termasuk Badan Peguam Malaysia dalam urusan institusi Peguam Negara untuk melaksanakan kuasa dan budi bicara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," kata jawatankuasa itu.

Mesyuarat Agung Jalsoa akan diadakan pada 30 Mac ini.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-70 itu, Badan Peguam Malaysia juga akan membahaskan usul meminta Peguam Cara Negara melaksanakan peranan sebagai Pendakwa Raya dalam kes-kes berprofil tinggi berikutan Badan Peguam Malaysia berpendapat Peguam Negara tidak lagi layak untuk bertindak sebagai Pendakwa Raya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan