Kongres Rakyat Diadakan Di Shah Alam Secara Tertutup

Diterbitkan: Khamis, 17 Mac 2016 3:21 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) mengumumkan perhimpunan Kongres Rakyat 2016 yang dijadualkan berlangsung 27 Mac ini akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Penganjurnya Datuk Zaid Ibrahim berkata ia akan diadakan secara aman dan tertutup dan tidak melibatkan perarakan di jalan raya.

"Ingin saya jelaskan perhimpunan ini diadakan dalam dewan tertutup bukan 'public rally' atau perarakan jalan raya sebagaimana yang digembar-gembur oleh pihak yang sengaja mahu memburukkan GSM.

"Hanya peserta yang menerima jemputan sahaja yang boleh menyertai kongres dan dewan hanya mampu menampung 1,200 orang," katanya pada sidang media Kongres Rakyat 2016 di kediamannya di sini, Khamis.

Hadir sama Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, bekas naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas pemimpin Umno Datuk Mohd Tamrin Ghafar.

Menurut Zaid disebabkan perhimpunan ini diadakan secara tertutup, ia tidak memerlukan permit tetapi beliau telah memaklumkannya kepada Ketua Polis Daerah Shah Alam.

"Saya percaya polis akan mengawal perhimpunan dan tak akan benarkan provokasi.

"Kita berhimpun dengan aman, kita tak akan buat kacau," katanya.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berkata GSM bukanlah 'forth force' (kuasa keempat) yang diwujudkan dalam negara ini selepas kerjasama PAS dan Ikatan sebagai 'third force' (kuasa ketiga).

"Kita bukan 'forth force'. Bagi kita di Malaysia hanya ada yang benar dan salah.

"Kita anggap mereka yang bersama dan menyokong kita adalah mereka yang mahukan kebenaran," katanya.

Mengulas lanjut mengenai perhimpunan itu, beliau berkata ia akan bermula pukul 1 petang dan berakhir pada 6.30 petang.

Ia akan dimulakan dengan ucaptama oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir dan kemudian dibahaskan oleh pemimpin-pemimpin lain yang hadir.

"Setakat ini pemimpin Umno yang akan hadir ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir," katanya.

Antara kumpulan yang dijemput dan akan hadir terdiri daripada ahli-ahli dan bekas pemimpin Umno, DAP, PKR, Amanah, Bersih, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC), kumpulan pelajar dan golongan anak muda.

Kongres ini bertujuan merangka tindakan susulan untuk mencapai matlamat mengubah pucuk pimpinan negara pada masa ini.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan