Video Polis Marah Pengadu Jadi Viral

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2016 8:54 PM

Paparan skrin video polis trafik yang menjadi viral di media sosial.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang anggota polis trafik wanita sedang disiasat selepas videonya didakwa memarahi pengadu menjadi viral di media sosial.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari mengesahkan kejadian itu berlaku pada Ahad lepas kira-kira pukul 6 petang di kaunter polis trafik di ibu pejabat polis daerah.

Beliau berkata polis memandang serius perkara berkenaan dan telah membuka kertas siasatan tatatertib berhubung kejadian itu.

Dalam pada itu katanya, polis wanita berkenaan telah dipindahkan daripada tugasnya di kaunter depan.

Menerusi kenyataan pada Rabu, Mohammad Azlin menasihatkan anggota polis untuk menunjukkan etika yang baik ketika berhadapan dengan orang ramai.

Video berdurasi lebih seminit itu menunjukkan anggota polis berkenaan didakwa memarahi orang awam yang mahu membuat aduan di kaunter.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan