99.8 Peratus Senarai Menunggu Derma Organ Adalah Pesakit Buah Pinggang

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2016 1:36 PM

Datuk Seri Dr S. Subramaniam

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila 99.8 peratus rakyat Malaysia yang berada di bawah senarai menunggu penderma organ adalah pesakit buah pinggang.

Tetapi dengan jumlah kecil mereka yang berikrar untuk menderma organ, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, pesakit perlu menunggu lebih lama untuk mencari padanan penderma, seterusnya mendapat peluang meneruskan kehidupan.

Terdapat 19,895 pesakit berada dalam senarai menunggu organ di Malaysia. Daripada jumlah itu 19,871 memerlukan buah pinggang, 10 pesakit hati, enam pesakit jantung, dan lapan memerlukan paru-paru.

Dalam jawapan bertulis kepada Ahmad Lai Bujang (PBB - Sibuti), Dr Subramaniam berkata kadar penderma organ di Malaysia adalah bersamaan seorang penderma bagi setiap satu juta rakyat.

Dr Subramaniam berkata walaupun lebih ramai rakyat Malaysia telah mendaftar sebagai penderma, ia masih jauh terlalu sedikit untuk memenuhi permintaan sedia ada.

"Keadaan ini telah menyebabkan ramai pesakit pergi ke luar negara seperti China dan India untuk menjalani pembedahan pemindahan organ. Tetapi amalan ini tidak digalakkan kerana identiti penderma tidak dikenali dan mengeksploitasi masyarakat dengan status sosio-ekonomi yang lebih rendah," katanya.

Beliau menambah, berbuat demikian adalah melanggar amalan perubatan etika asas dan hak asasi manusia yang termaktub dalam Deklarasi Istanbul 2008.

Dr Subramaniam menggesa lebih ramai rakyat Malaysia berikrar mendermakan organ mereka dan kementerian sedang berusaha untuk menarik lebih ramai penderma di bawah kempen strategik kesedaran penderma organ.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan