3,677 Anggota Polis Ditahan Kerana Aktiviti Jenayah - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2016 2:00 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 3,677 pegawai polis telah ditahan kerana terlibat dalam kegiatan jenayah sejak 2010, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Daripada jumlah itu, hanya 521 pegawai telah dihadapkan ke mahkamah manakala 2,312 lagi digugurkan siasatan. 844 masih disiasat kerana terlibat dalam jenayah, katanya ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Gobind Singh Deo (DAP - Puchong).

Bagaimanapun katanya, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah bertindak proaktif dalam mengenal pasti anggota yang bermasalah.

"Mereka menjalankan pemeriksaan mengejut ke atas barisan hadapan dalam pasukan ini dan menyamar sama ada secara fizikal atau melalui telefon untuk memastikan bahawa pegawai-pegawai mematuhi undang-undang dan arahan," katanya.

Para pegawai juga tertakluk kepada ujian air kencing secara rawak untuk mencegah penyalahgunaan dadah.

Sambil mengakui bahawa rasuah juga merupakan satu masalah, Ahmad Zahid berkata, kementerian telah menjalankan kempen anti-rasuah dalam dengan menawarkan sijil kepada pegawai yang menolak rasuah, manakala poster anti-rasuah di balai polis diletakkan sebagai peringatan harian supaya orang ramai supaya tidak merasuah polis.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan