Malaysia Tetap Mahu Pihak Tembak Jatuh MH17 Dihadap Ke ICJ

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2016 12:03 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, Malaysia tetap mahukan pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MAS MH17 dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), tidak kira siapa mereka. 

"Malaysia telah meminta penyertaan pakar dari badan-badan antarabangsa untuk menyiasat hal-hal yang menyebabkan berlakunya insiden itu. 

"Insiden itu tidak saja melibatkan Malaysia tetapi juga beberapa negara lain. 

"Jadi saya yakin masyarakat antarabangsa ingin tahu apa sebenarnya berlaku," kata beliau ketika mengulas pendirian Rusia yang mahukan laporan siasatan 'yang objektif, bebas dan tidak berat sebelah' atas insiden yang berlaku pada Julai 2014 itu. 

Pengerusi Majlis Persekutuan Rusia, Valentina Ivanovna Matviyenko menyatakan pendirian itu pada sidang akhbar selepas mengunjungi Abu Zahar di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Rusia menolak laporan Lembaga Keselamatan Belanda mengenai hasil siasatan terhadap kejadian itu, dikeluarkan pada Oktober tahun lepas.  

Semasa lawatan itu, Matviyenko juga mengunjungi Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. - Bernama

Tags / Kata Kunci: MH17

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan