Pengguna Akhirnya Hisap Vape Dan Rokok - Dr Subra

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2016 1:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tidak ada bukti saintifik yang kukuh bahawa rokok elektronik dan vape akan membantu perokok mengatasi ketagihan nikotin, Kementerian Kesihatan memberitahu sidang Dewan Rakyat.

Hakikatnya, kebanyakan pengguna akhirnya menggunakan rokok elektronik dan rokok tembakau, yang membawa dua kali ganda risiko kesihatan ke atas diri mereka, kata Menteri Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata kementerian telah membuat pendirian yang jelas terhadap rokok elektronik dan vape kepada kabinet pada Januari 2016 dan telah berkerjasama mengenai peraturan produk itu dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Beliau menambah, kementerian telah menubuhkan sebuah pasukan petugas bagi mengkaji kesan-kesan kesihatan daripada penggunaan rokok elektronik dan shisha pada tahun 2013 dan telah membuat kesimpulan bahawa penggunaannya telah dikaitkan dengan kesan kesihatan berbahaya dan boleh menyebabkan kesan negatif jangka panjang lain yang masih belum ditemui.

"Sehingga kini, tidak ada bukti saintifik kukuh yang menunjukkan penggunaan e-rokok boleh membantu perokok berhenti merokok. Kebanyakan pengguna menjadi pengguna dual dan terdedah kepada risiko merokok dan vaping," kata Dr Subramaniam dalam jawapan bertulis kepada Datuk Aaron Ago Dagang (PRS - Kanowit).

Beliau menambah kajian daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Persekutuan Antarabangsa Menentang Tuberculosis dan Penyakit paru-paru (IUATLD) menunjukkan bahawa menggunakan rokok elektronik boleh meningkatkan risiko ketagihan nikotin, terutama di kalangan remaja dan wanita.

Beliau juga memberitahu dewan bahawa penghisap vape terdedah kepada penyalahgunaan dadah, dengan sesetengah pengguna menggunakannya untuk menghisap ganja dan ecstasy.
Tags / Kata Kunci: vape , shisha , Datuk Seri Dr S. Subramaniam

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan