Parlimen Tak Boleh Bincang Isu RM2.6 Bilion - Azalina

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2016 6:18 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Isu membabitkan dana politik sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini tidak  oleh dibangkitkan di Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan tidak boleh lagi menjawab sebarang persoalan mengenai isu berkenaan kerana ia bersifat subjudis.

Menurut Azalina, ia berikutan wujudnya saman pemula yang difailkan di Mahkamah Tinggi oleh Majlis Peguam Malaysia terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 14 Mac 2016.

"Kerajaan sentiasa komited untuk memberikan jawapan mengenai sebarang isu yang melibatkan akauntabiliti termasuk dalam isu RM2.6 bilion dan SRC International.

"Bagaimanapun melihat kepada perkembangan semasa, kerajaan tidak boleh lagi menjawab soalan berkaitan isu tersebut di Parlimen disebabkan ianya tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 23(1)(g)," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Peraturan Mesyuarat itu menyatakan sesuatu pertanyaan tidak boleh dikarangkan cakapnya sekira-kira harus menggelengcungkan perkara yang sedang dibicarakan oleh mahkamah dan tidak boleh ditanya berkenaan dengan apa-apa perkara dalam pertimbangan Mahkamah (subjudis).

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan