Najib Puji Pengurusan Tesco Urus Kes Curi

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2016 11:27 PM

Najib
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak memuji pengurusan Tesco Bukit Mertajam kerana menawarkan kerja kepada seorang bapa yang terpaksa mencuri makanan anak-anaknya, namun mengingatkan semua pihak bahawa ada banyak cara lain untuk mendapatkan bantuan dan mencari rezeki halal.

Perdana Menteri berkata satu daripada caranya ialah dengan menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sentiasa bersedia untuk membantu sama ada dari segi kewangan, khidmat nasihat atau cara lain bagi mengatasi cabaran itu dan berpeluang menikmati kehidupan lebih baik.

"Bagi yang beragama Islam pula, anda bolehlah mengunjungi atau menghubungi cawangan Lembaga Zakat negeri untuk mendapatkan bantuan.

"Meskipun lembaga-lembaga zakat sering melakukan tinjauan untuk mencari dan membantu mereka yang layak, sekiranya ada ahli keluarga atau kenalan yang tahu mengenai sesiapa yang memerlukan bantuan, boleh juga tampil dan memaklumkan kepada Lembaga Zakat," kata beliau menerusi catatan terbaru dalam blog beliau, (www.najibrazak.com) pada Rabu.

Najib mengulas tindakan seorang pengurus Pasar Raya Tesco di Alma, Bukit Mertajam yang menawarkan pekerjaan kepada seorang pencuri di pasar raya besar itu daripada memilih untuk menghukumnya. Tindakan pasar raya besar itu menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.

Dalam kejadian itu, seorang bapa kepada tiga orang anak didapati mencuri barangan makanan bernilai RM27 di pasar raya besar itu untuk anak-anaknya yang lapar namun setelah ditangkap dan disoal siasat, pengurus itu tidak melaporkan tentang kejadian jenayah itu sebaliknya pengurusan Tesco menawarkan kerja kepada lelaki itu bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapinya.

Najib berkata beliau terbaca kisah kecurian itu yang membabitkan seorang bapa dan tiga anak kecil yang memerlukan makanan sementara isteri lelaki itu pula terlantar sakit di unit rawatan rapi di sebuah hospital.

"Walaupun mencuri itu satu kesalahan dari segi undang-undang, tetapi cara bagaimana pihak pengurusan Tesco Bukit Mertajam mengendalikan kejadian tersebut, dengan menawarkan bapa tadi untuk bekerja dengan mereka, haruslah dipuji," katanya.

Perdana Menteri turut menggalakkan rakyat untuk mengunjungi cawangan Jabatan Tenaga Kerja berdekatan atau secara atas talian melalui http://jtksm.mohr.gov.my/ bagi melihat kekosongan dan tawaran kerja yang ada pada setiap hari.

Di laman itu, katanya, ada pelbagai tawaran pekerjaan bagi kategori pekerjaan serta peringkat kelulusan berbeza, yang ditawarkan oleh syarikat swasta dan agensi awam.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Tesco

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan