Pembinaan MRT Laluan Kedua Diteruskan Walau Berdepan Cabaran Ekonomi

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2016 8:17 AM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Projek pembinaan MRT Laluan Kedua akan tetap diteruskan walaupun negara kini berdepan dengan cabaran ekonomi global yang sedikit sebanyak menjejas bajet kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ia adalah antara komitmen kerajaan untuk memastikan pembinaan tersebut dapat disempurnakan dengan lancar, membawa manfaat kepada semua secara saksama termasuk dari segi peluang pekerjaan dan pendapatan selain perkhidmatan MRT itu dapat dinikmati orang awam.

"Ini jelas sekali menunjukkan bahawa Malaysia bukanlah satu negara yang gagal seperti yang dituduh oleh sebilangan ahli politik tertentu dan kerajaan tidak sama sekali menghadapi apa-apa krisis kewangan," kata Najib menerusi catatan dalam blognya www.najibrazak.com, Selasa.

Najib yang mempengerusikan perbincangan perolehan berkaitan pembinaan MRT Laluan Kedua hari ini berkata ia juga membuktikan kerajaan sentiasa mengutamakan pelbagai inisiatif dalam rancangan pembangunan negara.

"Saya tegaskan sekali lagi bahawa kita akan terus berbelanja hanya secara berhemah dan patut, terutamanya dalam projek-projek yang berpaksikan rakyat seperti infrastruktur dan pengangkutan," katanya.

Menurutnya, bagi MRT Laluan Pertama, sebanyak 43 peratus daripada nilai keseluruhan pakej pembinaan diberikan kepada kontraktor Bumiputera sebagai inisiatif memastikan agenda ekonomi Bumiputera terpelihara.

"Bagi Laluan Kedua pula, kerajaan terus menggalakkan penglibatan Bumiputera melalui sekurang-kurangnya 45 peratus daripada jumlah nilai pakej dijangkakan selain keperluan minimum sebanyak 30 peratus diberi kepada kontraktor Bumiputera bagi kerja-kerja perundingan yang ditetapkan oleh MRT Corp," katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan meneruskan usaha untuk memartabatkan sistem pengangkutan awam negara demi kemudahan dan keselesaan rakyat.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan