Azmin: Kerjasama PAS-Ikatan Tak Beri Kesan

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2016 10:33 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerjasama baharu yang dibentuk antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) tidak akan memberi apa-apa kesan buruk kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Pakatan Harapan.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali berkata ia berikutan kedua-dua pihak berkongsi matlamat yang sama iaitu untuk membawa perubahan kepada landskap politik negara.

"Saya percaya niat mereka juga adalah untuk membawa perubahan dan pendirian PKR dari awal sentiasa bersikap terbuka, sedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak atau individu yang bersedia untuk memulakan perubahan," kata Azmin yang juga Menteri Besar Selangor.

Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kerjasama yang ditandatangani antara PAS dan Ikatan pada Rabu.

Menjawab persoalan bagaimana blok pembangkang baharu akan berfungsi di Selangor yang masih mengekalkan PAS dalam pentadbiran negeri, Azmin berkata kerjasama dengan parti itu akan diteruskan.

"Ia sangat jelas bahawa walaupun kita mempunyai Pakatan Harapan yang ditubuhkan beberapa bulan lepas, kami akan masih mengekalkan kerjasama dengan PAS," kata Azmin.

Berdasarkan situasi berkenaan, Azmin berkata beliau tidak melihat masalah yang timbul di Selangor daripada kerjasama PAS-Ikatan.

Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , PAS , Ikatan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan