Beku Ambil Pekerja Asing, Industri Beri Isyarat 'Tidak Baik'

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2016 8:39 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perniagaan dan industri, sudah pun merasai bahang akibat cabaran kewangan persekitaran dan dalam masa yang sama menerima tamparan lebih hebat apabila pengambilan pekerja asing baharu dibekukan.

Ramai yang kecewa apabila mereka berdepan halangan untuk mendapatkan tenaga kerja asing dan berpendapat pihak yang paling teruk menerima kesan daripada syarat-syarat baharu ini adalah syarikat-syarikat yang mematuhi undang-undang dan telah mengambil pekerja asing secara sah.

Pada Sabtu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kabinet telah memutuskan untuk tidak membenarkan mana-mana pengambilan pekerja asing ke negara ini kecuali pembantu rumah.

Beliau juga mengumumkan bahawa Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin yang dijadualkan berakhir pada 31 Disember depan akan dipendekkan kepada 30 Jun ini.

"Saya percaya tindakan-tindakan ini yang dibuat pada masa yang tidak sesuai akan memberi kesan kepada kita kerana negara perlu pulih daripada kelembapan ekonomi global," kata Presiden Dewan Perniagaan dan Industri India Kuala Lumpur dan Selangor (KLSICCI) Madhu Sudan Nair.


"Ahli perniagaan yang jujur dan mematuhi undang-undang akan lumpuh dengan tindakan ini.

"Sekarang sudah ada larangan, bagaimana caranya untuk kami mendapat pekerja asing baharu?

"Ke mana kami perlu pergi untuk mencari pendatang tanpa izin untuk mendaftar mereka?," katanya ketika dihubungi Selasa.

Madhu berkata beliau berharap dialog dapat diadakan antara sektor swasta dan kerajaan untuk mencari penyelesaian.

Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) Matthew Tee berkata majikan kini perlu membayar kira-kira RM4,000 untuk setiap pekerja bagi mengesahkan status mereka, berbanding RM300 di bawah program 6P sebelum ini.

Beliau juga berkata, beberapa ahli telah mengadu bahawa mereka berdepan kesukaran dalam membuat permohonan bagi mendaftar pekerja asing tanpa izin melalui sistem online Jabatan Imigresen.

"Sebahagian daripada ahli-ahli telah cuba untuk memohon, tetapi tidak berjaya," kata Tee ketika dihubungi.

Tee berkata ramai majikan, begitu juga pekerja haram bimbang mereka akan berdepan tindakan tegas di bawah program pengampunan ini.

Presiden Persatuan Pemborong Bahan Binaan Malaysia Pulau Pinang Datuk Lim Kai Seng turut bersetuju dengan pandangan ini dengan berkata: "Ahli-ahli kami bimbang jika mereka mendaftar pekerja tanpa izin sekarang, mereka boleh dituduh melindungi pekerja haram, satu kesalahan yang membawa hukuman berat seperti sebatan."

Lim berkata nasib pekerja asing yang sah juga masih tidak dapat ditentukan.

"Apa akan berlaku kepada mereka apabila permit kerja mereka tamat? Adakah mereka akan dihantar pulang atau adakah permit mereka diperbaharui?.

"Jika mereka tidak boleh memperbaharui permit dan dihantar pulang, ia akan membawa satu bencana kepada sektor pembinaan.

"Sekarang ini pun sudah ada kekurangan pekerja asing dalam sektor pembinaan.

"Mana-mana sekatan ke atas pergerakan mereka ke negara ini boleh menyebabkan kelewatan dalam pelaksanaan projek-projek infrastruktur utama," kata Lim.

Pengarah Eksekutif Persatuan Pengeluar-pengeluar PertanianTanah Melayu (Mapa), Mohamad Audong berkata bayaran tinggi yang dikenakan tidak akan menggalakkan majikan dan pekerja tanpa izin untuk tampil mendaftar.

"Ia juga tidak mudah kerana pekerja tanpa izin yang tidak mempunyai dokumen seperti pasport perlu pergi ke kedutaan masing-masing.

"Mereka tidak boleh mendapatkan pasport mereka dalam masa satu hari; ia mengambil masa beberapa hari.

"Malah, terdapat juga pendatang tanpa izin ini takut didakwa," katanya.

Mohamad juga mendakwa pengampunan pekerja asing tidak akan memberi manfaat kepada industri perladangan kerana ia adalah 'pilihan terakhir sektor' bagi mereka untuk bekerja.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan