Abd Aziz Ambil Alih Jawatan Pengarah SPRM WP Putrajaya

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2016 8:31 PM

Moh Samsudin (kiri) menyerahkan dokumen serah tugas Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya kepada Abd. Aziz disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Seri Mohamad Jamidan Abdullah (tengah).

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Abd Aziz Aban secara rasmi bertukar tempat dengan Datuk Moh Samsudin Yusoff sebagai Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Moh Samsudin mengambil alih jawatan Abd. Aziz di Kelantan.

Pelantikan mereka berkuat kuasa semalam, kata SPRM dalam satu kenyataan dikeluarkan sempena majlis penyerahan tugas di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya di Presint 15 di sini. 

Moh Samsudin pada majlis itu meminta semua pegawai SPRM di Wilayah Persekutuan Putrajaya memberi kerjasama sepenuhnya kepada Abd Aziz dan melaksanakan tugas dengan baik. 

"Kaedah penyiasatan di Putrajaya adalah berbeza berbanding tempat lain kerana ia melibatkan banyak kes berprofil tinggi," katanya. 

Seramai enam pegawai kanan SPRM terlibat dalam penukaran jawatan di bahagian dan negeri berkuat kuasa semalam. 

Pegawai kanan lain yang terlibat dalam penukaran tersebut termasuk Pengarah SPRM Selangor Datuk Simi Abd Ghani yang dilantik sebagai Pengarah SPRM Johor; Datuk Norazlan Razali sebagai Pengarah SPRM Selangor; Datuk Azmi Alias sebagai Pengarah SPRM Melaka dan Junipah Wandi sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA). -- Bernama 

Tags / Kata Kunci: Abd Aziz Aban , SPRM , Moh Samsudin Yusoff

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan