Ratusan Pengunjung Beri Penghormatan Terakhir Kepada Santhiran

Diterbitkan: Selasa, 15 Mac 2016 3:30 PM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari bersama Pengurus Besar BERNAMA Datuk Zulkefli dan Ketua Pengarang BERNAMA Datuk Zakaria Abdul Wahab menyambut ketibaan keranda mendiang M Santhiran di Kompleks Kargo KLIA di sini, Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suasana pilu menyelubungi perkarangan kediaman pewarta luar negara Bernama di India, mendiang M. Santhiran, di Taman Puchong Intan, Puchong, Selasa.

Ratusan pengunjung termasuk anggota keluarga, kenalan rapat dan petugas Bernama hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang, antaranya Pengurus Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Bernama Mikhail Raj Abdullah.

Jasad mendiang kemudiannya dibawa ke krematorium Jalan Bunga Kertas Batu 14, Puchong, di sini untuk upacara pembakaran pada kira-kira 3 petang ini.

Terdahulu jasad mendiang yang diiringi anak sulung S. Rutran, 18, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari New Delhi menerusi penerbangan Malaysia Airlines MH191 yang mendarat pada pukul 6.42 pagi ini.

Antara mereka yang berada di kompleks kargo berkenaan untuk menyambut ketibaan jasad mendiang ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, pengurusan kanan Bernama serta para petugas Bernama.

Rutran berkata, beliau dan keluarganya mengucapkan terima kasih kepada pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi yang membantu menguruskan kepulangan jasad mendiang bapanya.

"Urusan kepulangan ayah dipermudahkan oleh pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dan saya juga berterima kasih kepada warga Bernama yang banyak membantu serta hadir memberi penghormatan terakhir," katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Seorang jiran dan kenalan beliau, Sahul Hamid, 64, berkata kehilangan Santhiran amat dirasai dan tidak disangka-sangka kerana mendiang pergi buat selama-lamanya dalam masa yang begitu singkat selepas dimasukkan ke sebuah hospital di New Delhi.

"Saya dan Santhiran sering beriadah bersama di padang kawasan rumah tiap petang sebelum mendiang ditukarkan ke New Delhi. Sebagai seorang jiran, mendiang merupakan seorang yang prihatin dan saya  sedih kerana kehilangan seorang sahabat yang dikasihi," kata Sahul, yang pindah bersama-sama Santhiran ke taman perumahan itu 15 tahun lalu.

Santhiran, 48, dimasukkan ke wad Primus Chanakyapuri Hospital di New Delhi sejak Jumaat lalu kerana komplikasi akibat keracunan makanan sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pada awal hari Ahad (waktu Malaysia).

Mendiang meninggalkan seorang isteri, D. Malarvili, 47, yang bekerja sebagai guru, serta dua anak lelaki, Rutran, 18, dan Nahvin, 16.

Mendiang menyertai Bernama pada Oktober 2002 dan menjadi pewarta Bernama di New Delhi sejak Oktober 2015.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: M.Santhiran , Taman Puchong Intan , Bernama , India

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan