Najib Kutuk Serangan Bom Di Ankara

Diterbitkan: Selasa, 15 Mac 2016 5:35 PM

Bunga diletakkan di lokasi berhampiran serangan bom di Ankara sebagai tanda sedih atas kejadian itu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk sekeras-kerasnya insiden pengeboman di Ankara, Turki, pada Ahad lepas, dan berkata terdapat keperluan bagi kerajaan untuk mempertingkatkan usaha mereka dalam kerjasama risikan antarabangsa ke arah memerangi keganasan.

"Tindakan keganasan yang kejam ini tidak ada tempat dalam masyarakat kita dan saya bersetuju dengan gesaan Presiden (Turki) Recep Tayyip Erdogan supaya keganasan ditakrifkan semula untuk memasukkan mereka yang menyokong tindakan seperti itu," katanya.

Najib menyatakan demikian menerusi status terkini Facebook beliau pada Selasa susulan insiden letupan kereta di Ankara yang mengorbankan 37 orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 125 mangsa.

"Kita mesti sentiasa ke hadapan dalam peperangan menentang keganasan dengan mempertingkatkan usaha kita dalam kerjasama risikan antarabangsa," katanya.

Najib turut merakamkan takziah yang mendalam kepada kerajaan Turki dan keluarga mangsa yang terjejas akibat serangan itu.

Beliau mengingatkan rakyat Malaysia di Turki supaya sentiasa bertenang dan berwaspada terhadap keadaaan di sekeliling mereka pada setiap masa.

Katanya jika perlu, rakyat Malaysia diminta menghubungi Kedutaan Malaysia di Ankara menerusi talian +(90)312-4463547 atau +(90)312-4463548.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Ankara , Perdana Menteri , Turki , bom

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan