Malaysia Tidak Amal Sistem Pungutan Suara

Diterbitkan: Selasa, 15 Mac 2016 7:37 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak mengamalkan sistem pungutan suara, terutama yang dijalankan oleh sebuah syarikat tinjauan pendapat antarabangsa, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata tidak ada negara di dunia yang melakukan amalan itu termasuk negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat atau United Kingdom.

"Haruskah kita sekarang meminta syarikat asing yang menjalankan pungutan suara mengambil alih tugas daripada SPR (Suruhanjaya Pilihanrraya) bagi mengendalikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia pada 2018?

"Walaupun kita mempunyai sistem pungutan suara di Malaysia, SPR yang sepatutnya menjalankannya dan bukan syarikat asing. Jika tidak, ia tidak akan terikat secara sah.

"Adakah Parlimen sekarang diminta untuk meluluskan undang-undang baharu untuk menerima pakai sistem pungutan suara dan menjadikannya terikat di bawah perlembagaan? Bagaimana pula jika Sabah dan Sarawak, atau mungkin Pulau Pinang, memutuskan untuk mengambil kesempatan daripada undang-undang baharu ini dan mengadakan pungutan suara sama ada untuk keluar dari Malaysia? Dan bagaimana jika majoriti mengundi untuk keluar dari Malaysia? Adakah ia terikat di bawah undang-undang?," kata beliau menerusi catatan dalam blognya, sskeruak.blogspot.com.

Mengenai catatan terkini Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blog beliau, "Pemecatan dan Populariti", Salleh berkata bekas Perdana Menteri itu nampaknya tidak sedar mengenai perkara tersebut dan bahawa komen beliau kini kurang lojik.

"Dr Mahathir menjadikannya sebagai pertandingan menguji populariti antara beliau dan Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Tun Razak. Adakah ini yang dimaksudkan, pertandingan populariti?, 'katanya.

Mahathir dalam blognya berkata pungutan suara kebangsaan perlu dijalankan oleh sebuah syarikat tinjauan pendapat asing yang boleh dipercayai, dan jika Najib menang dalam pungutan suara kebangsaan, beliau akan berhenti mendesak Najib meletak jawatan.

Salleh menegaskan bahawa kerajaan tidak dibentuk dan Perdana Menteri tidak dipilih berdasarkan undi popular.

"Ia adalah berdasarkan kerusi majoriti di Parlimen. Mana-mana ahli politik yang baharu tahu mengenai perkara ini. Jadi saya terkejut Mahathir masih berpendapat bahawa undi popular memutuskan siapa yang boleh membentuk kerajaan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan