Halang Lorong Kecemasan Jejas Usaha Menyelamat - Bomba

Diterbitkan: Selasa, 15 Mac 2016 5:47 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menghalang laluan di lorong kecemasan boleh menyebabkan menjejaskan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam menyelamatkan nyawa.

"Kita ada sasaran waktu untuk bertindak balas kurang 10 minit, jadi bila ramai yang halang laluan di lorong kecemasan, ia akan menyebabkan kita ambil masa untuk sampai ke lokasi," kata Penolong Ketua Pengarah (Bahagian Operasi) jabatan itu, Zulkarnain Mohd Kassim.

"Salah satu kelewatan yang paling lama pernah kami hadapi ialah 26 minit untuk tiba ke lokasi," katanya, sambil menambah kelewatan akan merisiko nyawa dan meningkatkan kemusnahan.

Pada Isnin, Jabatan Bomba dan Penyelamat memuat naik video sebuah jentera bomba yang sedang beroperasi kerana kecemasan tetapi laluan dihalang oleh kenderaan-kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan di sepanjang lebuh raya.

Zulkarnain berkata, pengguna jalan raya kebiasaannya memandu di lorong kecemasan ketika kesesakan lalu lintas dengan alasan mereka mahu bergegas ke destinasi.

"Keadaan ini tidak berlaku setiap hari. Hanya waktu puncak trafik pada sebelah petang atau semasa berlakunya kemalangan.

"Mereka juga akan memperlahankan kenderaan bila berlakunya kemalangan, dan segelintirnya berhenti. Keadaan ini akan menyebabkan kesesakan lalu lintas," katanya.

Segelintir mereka yang mementingkan diri sendiri akan menggunakan lorong kecemasan bagi mengelak kesesakan lalu lintas, bagaimanapun Zulkarnain berkata, mereka tidak memikirkan tentang kenderaan kecemasan mahu bergegas untuk membantu orang lain dalam kecemasan.

"Saya percaya rakyat Malaysia boleh bekerjasama. Jadi, jika anda dengar bunyi siren dari jauh, elakkan guna lorong kecemasan, atau memberi laluan kepada kenderaan kecemasan itu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan