"Datang Semula Sebagai Pelancong" - Nur Jazlan

Diterbitkan: Selasa, 15 Mac 2016 1:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua wartawan Australia yang dihantar pulang dari Sarawak pada Selasa boleh kembali ke Malaysia sebagai pelancong.

"Jika mereka kembali sebagai pelancong maka tidak ada masalah, tapi jika mereka kembali dan melanggar undang-undang maka akan ada masalah.

"Jangan buat spekulasi tentang perkara-perkara yang belum berlaku lagi. Jika mereka datang sebagai pelancong, tidak ada yang salah," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed kepada pemberita di bangunan Parlimen.

Wartawan Australian Broadcasting Corporation (ABC) Linton Besser dan jurukamera Louis Eroglu itu dihantar pulang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ke Singapura sebelum meneruskan perjalanan ke Australia.

Kedua-dua mereka ditahan di Kota Sentosa, Kuching kira-kira pukul 8.35 malam pada 12 Mac kerana "gagal mematuhi arahan polis untuk tidak melanggar garis keselamatan" semasa lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak ke masjid.

Bagaimanapun tuduhan cuba menghalang tugas penjawat awam terhadap mereka digugurkan.

Selain itu Nur Jazlan berkata Besser dan Eroglu tidak dihalang daripada memasuki Malaysia dan apa yang berlaku di Sarawak adalah hak mutlak kerajaan negeri.

"Perkara-perkara yang berkaitan dengan Imigresen Sarawak adalah di bawah Ketua Menteri dan kerajaan negeri.

"Sebab itu kerajaan persekutuan tidak campur tangan dalam perkara yang berhubungan dengan Sabah dan Sarawak," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan