Anugerah StarProperty.my 2016 Penuh Gilang-Gemilang

Diterbitkan: Selasa, 15 Mac 2016 11:05 PM

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (enam, kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan Star Media Group Bhd, Datuk Seri Wong Chun Wai (kiri) bersama para pemenang 'All-Star Award - Top Ranked Developers of the year' (dari kiri) Datuk Koe Peng Kang (SP Setia Bhd), Datuk Wan Hashimi Albakri (Sime Darby Property Bhd), Datuk Teo Chiang Quan (Paramount Corp Bhd), SM Faliq SM Nasimuddin (Naza TTDI Sdn Bhd), Star Media Group Bhd chairman Datuk Fu Ah Kiow, Ng Chai Yong (Mah Sing Group Bhd), Tan Sri Lim Hock San (LBS Bina Group Bhd), Datuk Soam Heng Choon (IJM Land Bhd), Teh Chin Guan (IOI Properties Group Bhd), Tan Wee Bee (Sunway Bhd) dan Datuk Roslan Ibrahim (UEM Sunrise Bhd). Foto THE STAR

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Penganjuran Anugerah StarProperty.my buat julung kali oleh Kumpulan Media Star Bhd berlangsung dengan penuh gilang-gemilang pada Selasa malam.

Sebanyak 10 pemaju tempatan menjadi perhatian apabila menerima anugerah “All-Star Award – Top Ranked Developers of the Year” bagi menghargai konsisten mereka dalam mewujudkan dan menambah nilai kepada projek hartanah masing-masing.

Penerima anugerah ini terdiri daripada IJM Land Bhd, IOI Properties Group Bhd, LBS Bina Group Bhd, Mah Sing Group Bhd, Naza TTDI Sdn Bhd, Paramount Property, SP Setia, Sime Darby Property Bhd, Sunway Bhd dan UEM Sunrise Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan Star Media Bhd, Datuk Seri Wong Chun Wai berkata, anugerah tersebut bermatlamat untuk mengiktiraf pemaju yang mempamerkan lebih dari sekadar perumahan dan bangunan komersial.

"Kita akui menerusi pembangunan anda di mana komuniti bandar dan perbandaran direka untuk menjadi lebih bijak, pintar dan lebih bersepadu.

"Infrastruktur pengangkutan mengurangkan masa perjalanan dan kecekapan ekonomi dipertingkatkan oleh gabungan ciri dan pembinaan yang berterusan, sekali gus meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat," tambahnya.

Anugerah berprestij ini turut menghimpunkan sembilan lagi anugerah, iaitu The Cornerstone, The Best Touch, The Starter Home, The Just-Walk, The Niche and Unique, The Earth Conscious, The Five Elements, The Family-Friendly dan The Wow.

Setiap kategori mermpunyai tiga peringkat - Kecemerlangan, Kepujian dan Merit.

IJM Land memenangi anugerah Kecemerlangan bagi kategori Anugerah The Wow  dan Anugerah The Family-Friendly, masing-masing di atas projek The Light Waterfront Penang dan Bandar Rimbayu.

Sunway Bhd dinamakan sebagai pemenang Kepujian dalam kategori Anugerah The Five Elements dan Anugerah The Just-Walk, masing-masing bagi projek Sunway Resort City danSunway Geo@Sunway South Quay.

Bagi Anugerah Earth Conscious , Eco World Develop­ment Group Bhd dan SP Setia diberikan penghargaan Kecemerlangan, masing-masing untuk Eco Botanic dan Ibu Pejabat SP Setia.

Eco World juga merupakan pemenang teratas bagi Anugerah Cornerstone kerana pembangunan Eco Sanctuary manakala SP Setia turut mengungguli Anugerah The Stater Home bagi projek Apartment Seri Baiduri di Shah Alam.

Sementara itu, Ivory Properties Group Bhd menduduki tangga teratas bagi Anugerah The Niche and Unique bagi projek Moonlight Bay dan Thriven Global Bhd dinamakan sebagai pemenang Kecemerlangan bagi Anugerah The Best Touch and Feel Award menerusi pembangunan Lumi Tropicana.

Acara yang diadakan di Hotel Saujana Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan