Adenan Mohon Maaf Gurauan 'Isteri Iban'

Diterbitkan: Selasa, 15 Mac 2016 12:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Tan Sri Adenan Satem memohon maaf jika gurauannya supaya Perdana Menteri mencari seorang isteri daripada kalangan kaum Iban menyinggung mana-mana pihak.

Ketua Menteri Sarawak berkata itu berkata, saranannya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak itu hanyalah satu jenaka dan dibuat mengikut cara berseloroh.

"Malah Perdana Menteri sendiri ketawa. Beliau tahu ia adalah jenaka.

"Tetapi jika ada orang yang tersinggung dengan itu, saya minta maaf dan saya mengemukakan permohonan maaf saya," katanya di sini pada Selasa.

Ketika berucap pada majlis pelancaran Program Malaysia Inklusif Negara Digital (Minda) di Kuching, Sabtu, Adenan secara berseloroh berkata Najib perlu mencari isteri di kalangan orang Iban.

Bercakap demikian dalam bahasa Iban dan Sarawak, ketua menteri memuji Najib kerana kerap membuat lawatan ke negeri ini dan berseloroh: "Terima kasih, semua pelusuk Sarawak beliau telah pergi. Satu perkara yang belum lagi ialah beliau belum boleh bercakap bahasa Iban.

"Beliau boleh bercakap bahasa Malaysia, Inggeris tetapi tidak Iban. Saya nasihatkan beliau, jika beliau mahu cari isteri baharu, pergi dapatkan orang Iban. Saya hanya bergurau, sekadar gurauan."

Tags / Kata Kunci: Adenan Satem , Najib Tun Razak

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan