Adenan Kongsi Pengalaman Mengenai Kematian, Takdir Tuhan

Diterbitkan: Selasa, 15 Mac 2016 4:31 PM

Adenan Satem.

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem pada Selasa berkongsi pengalaman saat-saat apabila beliau hampir meninggal dunia akibat sakit jantung tiga tahun lalu dan bagaimana beliau "bersedia untuk kembali kepada Pencipta-Nya".

Beliau berkata, Allah memberi beliau nafas baharu untuk "melakukan apa yang patut saya lakukan".

"Tiga tahun lalu, saya memang sakit. Saya berada di IJN (Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur) dan di Singapura. Pada masa itu saya menyangkakan yang saya akan pergi. Saya panggil semua saudara saya, anak dan cucu saya.

"Mereka semua datang dan anda tahu bila anda panggil semua anak-anak dan cucu anda, kamu sudah pasti tahu apa sebabnya. Saya sudah bersedia untuk pergi. Namun Allah itu maha hebat dan saya pulih dan kembali normal".

Dalam satu wawancara dengan Bernama di pejabatnya di sini, Adenan berkata: "Apabila Tuhan memberi nafas baharu, dia seolah-olah menyampaikan mesej sebagai satu bayangan mengenai "apa yang patut saya lakukan".

Adenan, yang mengambil alih jawatan itu daripada Tun Abdul Taib Mahmud dua tahun lalu, menjelaskan bahawa hidupnya sangat bertuah dan Allah amat mengasihi beliau.

"Kehidupan saya sangat baik selepas itu, malah amat berjaya dan saya berasa perlu membantu orang yang kurang bernasib baik berbanding saya," katanya. 

Beliau mendedahkan mengenai falsafah kehidupannya dan apa yang dilakukannya beliau melakukannya sebagai seorang pemimpin, beliau akan sentiasa menyoal dirinya jika arwah ibu beliau izinkannya atau tidak.

"Itu dasar saya, sehingga hari ini saya akan menyoal diri saya sama ada ibu saya akan merestuinya," katanya. 

Berikut wawancara itu dalam Soal dan Jawab: 

Soalan: Izinkan saya memulakan dengan bertanya apa ramai orang tahu tentang anda. Anda pernah menjadi seorang pemberita dengan akhbar The Sarawak Tribune sebelum anda meneruskan pengajian undang-undang di Australia. Bolehkah anda beritahu kami bagaimana keadaannya menjadi seorang pemberita pada waktu itu pada akhir tahun 1960an dan apakah dia, jika ada, yang telah anda lalui yang mungkin menyumbang menjadikan anda Adenan Satem sekarang ini?

Jawapan: Saya sentiasa suka menulis malah di zaman persekolahan saya, terutama dalam subjek penulisan esei. Mengimbas kembali waktu itu, saya ingat saya lakukan dengan begitu baik ketika itu, kadang-kadang esei saya dibacakan semula di dalam kelas mengenai bagaimana untuk menulis sebuah esei. Semasa zaman muda, saya pernah menjadi seorang wartawan, guru, pendakwa dan majistret. Semua ini memberikan saya pengalaman yang baik untuk berada dalam kehidupan awam.

Soalan: Mundar laju, dan akhirnya seseorang akan berkata, anda menjadi Ketua Menteri Sarawak pada 2014 selepas kelihatannya seperti seumur hidup dalam politik dan masa yang lama menunggu untuk mereka yang bercita-cita bagi jawatan yang diimpikan ini dan anda merupakan pesaing yang sentiasa berada di hadapan sekali. Bolehkah anda berkongsi dengan kami, adakah ketikanya apabila anda berasa kerana orang yang terdahulu Tun Abdul Taib Mahmud, bertahan selama 32 tahun, peluang untuk orang yang mempunyai cita-cita untuk mengambil alihnya akan semakin mengecil?

Jawapan: Tidak, saya tidak pernah kecewa kerana saya tahu orang sebelum saya melakukan tugas yang baik, dan tugas saya adalah untuk terus menyokong beliau. Malah, akhirnya, saya jatuh sakit. Tiga tahun lalu, saya memang sakit dan saya berada di IJN dan Singapura. Ada ketikanya, saya menyangkakan yang saya akan pergi. Saya panggil semua saudara saya, anak dan cucu saya, mereka semua datang dan anda tahu apabila anda panggil semua anak-anak dan cucu anda, kamu sudah pasti tahu apa sebabnya. Saya sudah bersedia untuk pergi namun Allah maha hebat.

Saya pulih, saya kembali normal. Namun tidaklah segagah seperti semasa 18 tahun lalu, namun saya boleh meneruskannya untuk lima tahun lagi. Saya rasa Allah memberi saya satu nafas baharu, seolah-olah menyampaikan mesej untuk saya, satu bayangan mengenai apa yang patut saya lakukan.

Soalan: Pada peringkat awal tempoh Tun Taib sebagai Ketua Menteri, beliau tidak menikmati hubungan yang baik dengan Yang Dipertua Negeri (Gabenor) ketika itu, Tun Abdul Rahman Yakub akibat campur tangan di sana sini. Sekarang ini Tun Taib sendiri Gabenor, boleh tak anda beritahu kami mengenai hubungan kerja anda dengan beliau, terutama dilihat dari konteks bahawa anda telah meminda beberapa dasar utama pentadbiran sebelum ini?

Jawapan: Hubungan saya dengan beliau adalah berterus terang. Dia beritahu saya anda kini Ketua Menteri Sarawak. "Apa sahaja yang anda lakukan, anda bertanggungjawab ke atasnya. Jika anda inginkan nasihat, saya akan beri, saya tidak beritahu anda apa yang perlu dibuat, apa yang anda patut lakukan dan sebagainya, namun saya tidak campur tangan dalam tugas anda sebagai Ketua Menteri, tidak seperti setengah orang yang saya kenal. 

Mungkin dia sendiri mempunyai pengalaman buruk dengan bapa saudaranya (Tun Rahman), dan sekarang saya rasa (Perdana Menteri) Najib mempunyai pengalaman buruk dengan sesetengah "old gentlemen", tetapi saya tidak menghadapi masalah itu. 

Soalan: Anda mengamalkan pentadbiran bersih dan telus. Anda menghentikan amalan bahawa mereka yang mempunyai kaitan atau rapat dengan anggota Pentadbiran Negeri mendapat apa yang disebut sebagai layanan istimewa, terutama berkaitan konsesi balak, dan dasar sebelum ini yang memberi konsesi itu secara per se. Boleh anda beritahu kami apakah kesan daripada perubahan dasar ini?

Jawapan: Biarlah kita bersikap realistik tentang perkara ini. Kita tidak berupaya membasmi rasuah sepenuhnya. Ia mempunyai kaitan dengan manusia dan oleh itu, anda tidak akan dapat menghapuskannya sama sekali. Tetapi, anda perlu mencuba dengan sedaya upaya anda dan mewujudkan sistem di mana adalah amat sukar bagi seseorang untuk berlaku curang. Ini bukan sahaja persoalan mengenai akhlak atau apa yang betul atau salah, tetapi suatu sistem yang menjadikan amat sukar untuk melakukan rasuah.

Dan, saya dapati ia wujud dalam industri balak, maka saya hentikan konsesi balak. Tidak akan ada lagi konsesi balak secara komersial, kecuali bagi tebus guna tanah untuk pertanian seperti skim Felcra atau skim Felda dan sebagainya, tetapi, pembalakan secara komersial sudah tidak ada lagi. Sebab, itulah yang merupakan lubuk rasuah. 

Soalan: Jika direnung kembali, Sarawak tidak mendapat manfaat daripada dasar pembalakan seperti itu.

Jawapan: Kami mendapat manfaat kerana industri balak mengambil bekerja lebih 100,000 orang secara langsung atau tidak langsung. Sekiranya industri ini lumpuh, akan berlaku pengangguran secara besar-besaran. Kami perlu cukup berhati-hati dengan dasar ini, tetapi pada waktu yang sama, penekanan perlu diberi terhadap aktiviti hiliran yang mempunyai nilai tambah. 

Kami tidak mahu sekadar mengeksport kayu balak dan sebagainya seperti yang masih kami lakukan sekarang, tetapi matlamat akhir kami ialah pembalakan tidak akan wujud lagi di kawasan hutan semula jadi. Sekiranya pembalakan masih perlu dijalankan, maka ia perlulah dilakukan di kawasan hutan yang ditanam. Tetapi, kami belum mencapai tahap itu dan sedang menuju ke arah itu.

Soalan: Saya dapati seluruh negara kagum dengan kesan itu serta kemeriahan yang wujud di dalam media hasil ciptaan saudara sejak dua tahun saudara menjadi KM. Sesetengah orang berkata anda berbeza sama sekali daripada Taib... Boleh anda jelaskan tentang gaya atau cara anda sebagai KM dalam memastikan sesuatu itu
berhasil bagi negeri seluas Sarawak ini, dengan segala kerumitan serta keunikan masalah dan peluang yang ada?

Jawapan: Tidak wajarlah saya menerangkan tentang gaya saya. Saya akan lakukan apa yang saya fikirkan betul, saya akan lakukan apa yang saya fikirkan terbaik dan orang ramai boleh memberi pendapat mereka.

Soalan: Adakah anda mempunyai sebuah pasukan yang menasihati anda?

Jawapan: Sudah tentulah saya mempunyai satu pasukan yang baik. Kami mempunyai sebuah Kabinet yang amat rapat dari segi hubungan. 

Soalan: Kebelakangan ini, muncul pula sentimen "Sarawak untuk rakyat Sarawak", yang tidak begitu ketara sebelum ini selepas negeri ini serta Malaya dan Sabah membentuk Malaysia. Apakah pandangan anda sendiri tentang fenomena ini? Adakah ia okay untuk negeri ini dan urusan pembinaan negara bangsa dalam jangka panjang?

Jawapan: Saya telah nyatakan dengan amat jelas bahawa tidak ada rancangan untuk berpisah daripada Persekutuan. Kami tidak mahu meninggalkan Malaysia…Malaysia akan wujud sampai bila-bila. Tetapi, ini tidak bermakna kami tidak boleh berjuang untuk mendapatkan penurunan kuasa yang telah dipersetujui di bawah Perjanjian Malaysia dan yang terkandung di dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan dan syor-syornya, Suruhanjaya Cobbold dan Akta Malaysia. Kami mahu agar hak-hak ini, yang kami miliki pada 1963 dahulu, dikembalikan kepada kami. Sebab, sejak beberapa tahun lepas, sepanjang yang melibatkan Sarawak, telah berlaku penghakisan hak negeri. 

Sebagai contoh, kami bukan sebuah negeri di dalam Malaysia, kami adalah satu daripada pihak dalam pembentukan Malaysia. Perjanjian Malaysia, yang membabitkan Malaysia, telah ditandatangani United Kingdom, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Singapura dan Sarawak. Maka, sekiranya anda hendak menafikan sesetengah negeri daripada hak mereka mengikut Perjanjian Malaysia, maka membuat pindaan perlembagaan sahaja tidak mencukupi kerana ia merupakan perjanjian antarabangsa antara negara berdaulat. Tetapi, cakap-cakap tentang pemisahan itu hanya karut semata-mata.

Soalan: Dalam ucapan pula, anda tidak pernah gagal menyelitkannya dengan jenaka dan komen-komen tajam, contohnya menyifatkan dasar lama tertentu sebagai “bodoh”.

Jawapan: Apabila saya sebut "bodoh", saya merujuk kepada dasar berkenaan, bukan orang yang menggubal dasar itu. Dan, disebabkan dasar berkenaan, termasuklah keadaan sekejap begitu berkaitan dasar pendidikan, penurunan taraf bahasa Inggeris dan sebagainya, sekarang kita menanggung kerugian, tetapi ia belum lagi terlalu lambat, saya mahu kita, saya mahu rakyat Malaysia, fasih dalam bahasa ibunda masing-masing dan Bahasa Malaysia, iaitu bahasa kebangsaan kita, serta bahasa Inggeris, yang anda sendiri tahu, merupakan bahasa antarabangsa.

Soalan: Tetapi, tidak banyak usaha dilakukan tentang perkara ini.

Jawapan: Kami cuba melakukannya sekarang, belum terlalu lewat, kami sedang mencuba, saya berpendapat sudah ada program persekutuan dan negeri, ya, ia akan mengambil masa. - Bernama 



iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan