Tindakan Menahan Dua Wartawan Australia Wajar - Polis

Diterbitkan: Isnin, 14 Mac 2016 10:46 PM

Noor Rashid Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyifatkan tindakan menahan dua warga Australia yang merempuh kawalan keselamatan dan bertindak agresif untuk mendekati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuching pada Sabtu lepas sebagai tindakan yang wajar. 

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, penahanan kedua-dua wartawan itu perlu bagi menjaga dan memastikan keselamatan pemimpin selain ketenteraman awam tidak terganggu.

"Dalam dunia sekarang yang terdedah dengan ancaman Daesh, keselamatan pemimpin menjadi keutamaan, maka kawalan keselamatan terhadap pemimpin sesebuah negara diperketatkan," katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur di sini, Isnin.

Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh, dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu menggantikan Datuk Tajuddin Md Isa yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

Dalam kejadian pada 8.35 malam itu, polis menahan dua rakyat Australia di Masjid Darul Ehsan, Kampung Haji Baki, Kuching kerana cuba mendekati Najib secara agresif ketika perdana menteri menghadiri majlis bersama rakyat.

Mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan bagi siasatan lanjut sebelum dibebaskan pada Ahad (semalam) dengan jaminan polis setelah keterangan mereka direkodkan.

Kedua-dua rakyat Australia yang masing-masing berusia 51 dan 39 tahun itu mendakwa bertugas sebagai wartawan dengan Australian Broadcasting Corporation berpangkalan di Sydney.

Ketika ditanya sama ada kedua-dua warga Australia itu mempunyai kaitan dengan kumpulan Daesh, Noor Rashid berkata: "Tak mungkin."

"Kalau kita tengok profil kedua-dua warga Australia itu, mereka merupakan 'investigative journalist', cuma tindakan mereka itu agak keterlaluan, maka kita perlu tahan dan soal siasat mereka," katanya. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan