Tempoh Program Penggajian, Penempatan Semula Pati Dipendek Kepada 30 Jun

Diterbitkan: Isnin, 14 Mac 2016 7:15 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) yang dijadualkan berakhir pada 31 Disember depan akan dipendekkan kepada 30 Jun ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, sehubungan itu, majikan digesa menggunakan peluang yang ada untuk menyertai program penggajian ini bagi membolehkan Pati dikeluarkan permit kerja yang sah.

Tambahnya, kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan perundangan terhadap mana-mana majikan menggaji Pati.

"Mana-mana majikan yang menggaji Pati mengikut Seksyen 55(B) Akta Imigresen 1959/ 63 membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap pekerja yang diambil. 

"Pada masa sama, mana-mana majikan yang mengambil pekerja lebih dari lima orang boleh dikenakan penjara tidak kurang enam bulan tetapi tidak lebih lima tahun dan boleh dikenakan tidak lebih enam sebatan," katanya.

Menurut KDN, berdasarkan penilaian, walaupun program berkenaan dilaksanakan dalam tempoh hampir sebulan serta operasi penguatkuasaan secara besar-besaran giat dijalankan oleh Jabatan Imigresen, prestasi yang dicapai masih tetap di tahap tidak memuaskan.

Ia berkata, ini berikutan program dilaksanakan secara dalam talian bermula pada 15 Februari lalu bagi Pati dari 15 negara sumber sedia ada mendapati masih terdapat ramai majikan yang didapati menggaji Pati.

"Bagi tempoh 15 Februari hingga 10 Mac lalu, seramai 15,822 orang Pati telah didaftarkan di bawah program penggajian meliputi 9,738 Pati warga Indonesia, 3,808 (Bangladesh), 425 (Myanmar) dan 1,851 Pati lain-lain warganegara," katanya.

Permohonan program penggajian Pati hanya boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rehiring.imi.gov.my. 

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung program penggajian boleh hubungi bilik gerakan Jabatan Imigresen di talian 03-88801555 atau 03-88801557 pada setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 11 malam.

Tags / Kata Kunci: Pati

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan