Saya Bukan 'Kaki Disko' - Syed Saddiq

Diterbitkan: Isnin, 14 Mac 2016 11:55 AM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak tergugat dengan ugutan supaya menutup mulut apabila gambarnya ke disko mula tersebar di media sosial sejak hujung minggu lalu.

Tegasnya, beliau tidak akan berdiam diri namun mahu terus mempertahankan apa yang diperjuangkannya demi kepentingan negara.

"Mereka cuba untuk menggertak dan mendiamkan saya dengan isu ini. Ramai yang beri saya cadangan untuk menidakkan perkara ini atau berdiam diri dan menolak isu ini ketepi.

"But, I won’t do that. Saya bukan ahli politik. Saya tidak akan menipu dan saya tidak akan memutar belitkan fakta yang sedia ada.

"Saya mengaku gambar itu memang gambar saya. Saya pernah pergi ke disko. I won’t deny that. Tapi saya bukan 'kaki clubbing atau disko' sepertimana yang dituduh," katanya menerusi posting di Facebook.

Tambah beliau, gambar berkenaan dirakamkan semasa majlis pengumuman pusingan kalah mati pertandingan debat peringkat Asia.

Syed Saddiq yang sering mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyertai majlis menandatangani 'Deklarasi Rakyat' bagi menggesa Perdana Menteri meletak jawatan.

Sebelum itu beliu turut mengetuai 25 belia pelbagai latar belakang politik menyatakan hilang keyakinan terhadap Najib.

Selain itu Syed Saddiq yang memenangi gelaran Pendebat Terbaik Asia sebanyak tiga kali berkata, kehidupan masa lalunya tidak menggambarkan keperibadiannya pada masa ini.

"Saya bukan manusia yang sempurna. Saya juga bukan Muslim yang sempurna. Saya, seperti mana-mana manusia lain, pernah melakukan kesilapan. Tapi masa lalu tidak mendefinisikan siapa saya sekarang.

"Tanya sahaja pada ibu bapa saya, kawan-kawan terdekat malahan ustaz-ustaz saya, mereka kenal siapa saya.

"Saya sedang dalam proses untuk memperbaiki diri sendiri untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan