Najib Selar Penyebar Isu Sultan Johor Tak Salam

Diterbitkan: Isnin, 14 Mac 2016 6:12 PM

Gambar fail Najib dan Sultan Johor di sebuah majlis baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar pihak tertentu yang cuba untuk memberi gambaran bahawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar enggan bersalam dengan beliau dalam satu majlis baru-baru ini.

"Saya hanya geleng kepala bila saya melihat perkara ini di media sosial," katanya.

"Sultan Johor sedang tunggu saya dan kami minum bersama di istana. Baginda juga bawa saya naik kereta baginda. Saya duduk di sebelah baginda dan kami berbual.

"Bagaimanapun, mereka masih mahu sebarkan cerita palsu dan tidak sahih di media sosial," katanya pada majlis pelancaran Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF), Isnin.

Dilaporkan sebuah video dengan keterangan "Sultan Johor langsung tak salam Najib semasa ketibaan Tuanku ke upacara Majlis Perasmian Forest City 2016... kenapa??" menjadi viral di media sosial.

Dalam pada itu, Najib turut menegaskan mengenai betapa pentingnya sokongan diberikan kepada kerajaan pada masa ini yang sentiasa memperjuangkan kepentingan peneroka Felda.

"Adakah anda fikir mereka yang menandatangani deklarasi rakyat akan melindungi anda? Kamilah yang memberi keutamaan kepada anda dan kami akan meneruskan perjuangan kami untuk membantu peneroka," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan