Alias Ahmad Dilantik Setiausaha MKN - KSN

Diterbitkan: Isnin, 14 Mac 2016 1:56 PM

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa (kiri) menyerahkan surat pelantikan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Alias Ahmad sebagai Setiausaha Majlis Keselematan Negara (MKN) di Putrajaya, Isnin. Pelantikan Alias berkuatkuasa esok (15 Mac).

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad dilantik sebagai Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, mulai esok (15 Mac).

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan pada Isnin berkata Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Datuk Seri Jamil Salleh pula akan menggantikan Alias sebagai Ketua Setiausaha (KSU) KPDNKK.

Ali juga mengumumkan Timbalan Ketua Setiausaha (Antarabangsa dan Pengurusan) KBS Datuk Lokman Hakim Ali, 45, dilantik sebagai Ketua Setiausaha KBS mulai esok, menjadikannya KSU termuda yang dilantik setakat ini.

"Saya berkeyakinan penuh kelayakan, pengalaman dan pengetahuan serta kredibiliti yang dimiliki ketiga-tiga pegawai yang dilantik ini mampu membawa organisasi masing-masing ke tahap kecemerlangan lebih tinggi dalam menjayakan wawasan dan aspirasi negara," katanya.

Alias, 57, yang berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Strategik dan Pertahanan dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera dari Universiti Malaya, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam kira-kira 32 tahun dengan  menyertai perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1984.

Ali berkata Alias berpengalaman luas dalam bidang pengurusan keselamatan, ekonomi, pembangunan serta pengurusan sumber manusia di peringkat kerajaan negeri dan persekutuan.

Alias memegang jawatan KSU KPDNKK mulai 5 Feb 2014.

Jawatan lain yang pernah disandang Alias sebelum ini adalah Ketua Pengarah Imigresen, Setiausaha Bahagian, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri; Setiausaha Bahagian, Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Kementerian Dalam Negeri; Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Pekerja Asing, Kementerian Dalam Negeri.

Ali berkata Jamil, 57, yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama kira-kira 32 tahun, berpengalaman luas dalam bidang keselamatan, pengurusan awam dan pengurusan pembangunan sosial.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang Sosiologi dan Antropologi dari Universiti Malaya itu mula menyertai perkhidmatan sebagai Pegawai Belia dan Sukan pada 1983 sebelum dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1984.

Beliau dilantik sebagai KSU KBS mulai 12 Jun 2013.

Sebelum ini, beliau pernah menyandang jawatan Timbalan KSU (Antarabangsa dan Pengurusan) KBS, Pengarah, Bahagian Pembangunan dan Perolehan Jabatan Penjara, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Pengarah Pembangunan dan Logistik Jabatan Penjara, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

Ali berkata Lokman Hakim berpengalaman luas dalam bidang ekonomi dan perdagangan, pengurusan awam dan pengurusan pembangunan sosial menerusi karier perkhidmatannya.

Lulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi dari Claremont Graduate University, California, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ekonomi dari University of Southern California, Amerika Syarikat itu telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama kira-kira 22 tahun dengan mula menyertai perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1994.

Lokman Hakim dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Antarabangsa dan Pengurusan) KBS mulai 3 April 2015.

Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Timbalan Perdana Menteri; Naib Presiden, Perhubungan Kerajaan, Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd; Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Penolong Pengarah Bahagian Hal Ehwal APEC Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. 

Tags / Kata Kunci: KPDNKK , MKN , KSN

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan