Adenan Dikritik Kerana Jenaka 'Cari Isteri Iban'

Diterbitkan: Isnin, 14 Mac 2016 1:46 PM

Tan Sri Adenan Satem

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Tidak semua dapat menerima baik jenaka 'cari isteri Iban' yang dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Persatuan Dayak Sarawak berkata ia adalah satu kenyataan yang tidak sesuai diucapkan oleh seorang ketua menteri dan ada juga pihak yang menganggapnya sebagai satu penghinaan.

"Jika tidak ada di kalangan masyarakat memberi tindak balas negatif kepada kenyataan beliau, beliau mungkin menganggap bahawa semua orang Iban bersetuju dengan kenyataan itu, walaupun baginya itu hanya jenaka.

"Beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan itu dalam satu majlis rasmi. Beliau harus mengakui bahawa ia adalah satu kesilapan di mana ada yang menganggapnya satu penghinaan. Ketua menteri perlu menarik balik kenyataan itu dan meminta maaf."


Ketika berucap pada majlis pelancaran Program Malaysia Inklusif Negara Digital (Minda) di Kuching, Sabtu, Adenan secara berseloroh berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mencari isteri di kalangan orang Iban.

Bercakap demikian dalam bahasa Iban dan Sarawak, ketua menteri memuji Najib kerana kerap membuat lawatan ke negeri ini dan berseloroh: "Terima kasih, semua pelusuk Sarawak beliau telah pergi. Satu perkara yang belum lagi ialah beliau belum boleh bercakap bahasa Iban. Beliau boleh bercakap bahasa Malaysia, Inggeris tetapi tidak Iban. Saya nasihatkan beliau, jika beliau mahu cari isteri baharu, pergi dapatkan orang Iban. Saya hanya bergurau, sekadar gurauan."

Jenaka Adenan adalah salah satu daripada laporan yang paling banyak dibaca dan dikongsi pada hujung minggu lalu.

Ia menerima pelbagai reaksi negatif dan positif. Sesetengah melihatnya sebagai lucu dan jenaka muhibah manakala yang lain menyatakan rasa tidak senang.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan