Kami Tidak Tergugat Dengan Pakatan Baharu PAS - Wan Azizah

Diterbitkan: Ahad, 13 Mac 2016 7:39 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Pembentukan pakatan baharu pembangkang oleh PAS tidak akan menggugat Pakatan Harapan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Forum Sambutan Hari Wanita Sedunia peringkat Parlimen Permatang Pauh di sini pada Ahad, beliau berkata pihaknya tidak berasa gusar kerana PAS masih bertindak sebagai pembangkang dan bukan sebaliknya.

Ketika ditanya sama ada akan wujud kerjasama dengan pakatan pembangkang baharu itu, Dr Wan Azizah berkata: "Belum lagi...kita tunggulah (PAS umum) 16 Mac ini...sabar."

Khamis lepas, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata PAS akan membentuk pakatan pembangkang yang baharu pada 16 Mac ini.

Parti itu akan menjalin kerjasama dengan sebuah parti yang tidak dinamakan bagi memperkukuhkan kedudukannya untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan